'A new chapter', Vivy Yusof buka akaun Instagram baharu, beri tanda mahu kembali menulis?


  • Relaks
  • Khamis, 17 Apr 2025

Vivy kembali mencuri tumpuan apabila berkongsi tentang akaun Instagram baharu miliknya.

USAHAWAN fesyen terkenal, Datin Vivy Yusof kembali mencuri tumpuan apabila berkongsi akaun Instagram baharu miliknya, yang diberi nama @sincerelyvivy.

Kewujudan akaun tersebut seolah-olah menandakan permulaan bab baharu dalam kehidupannya, selepas melalui tempoh yang penuh cabaran dan kontroversi sejak tahun lalu.

"A new chapter (Babak baharu),” tulisnya ringkas.

BACA LAGI: Serik kongsi kisah hidup, Vivy Yusof umum akaun Instagram kini 'private'

BACA LAGI: Akaun bank kena beku SPRM, Vivy Yusof syukur rezeki tak pernah putus, rakan siap hantar 'beef wellington'

Inisiatif tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut setianya, dengan ramai yang menyambut baik kehadiran semula Vivy di ruang digital.

Tidak kurang juga yang mengandaikan bahawa beliau bakal kembali aktif berkongsi penulisan serta pemikirannya kepada umum, sesuatu yang pernah menjadi identiti tersendiri usahawan berusia 37 tahun itu.

E-commerce platform founder Datin Vivy Yusof and her husband, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar arrived in Kuala Lumpur Courtto be charged in connection with the RM43.9m investment losses involving Khazanah, PNB.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Vivy (kanan) dan suami didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah dana. 

Untuk rekod, Vivy atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof sebelum ini bertindak menukar akaun Instagram miliknya kepada mod peribadi sekitar Disember lalu. 

Tindakan itu dipercayai dibuat selepas beliau dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, menjadi perhatian umum susulan kes mahkamah berkaitan dakwaan pecah amanah.

Pasangan itu terpalit dengan pertuduhan berhubung pengurusan dana pelaburan bernilai kira-kira RM8 juta, yang melibatkan dua entiti pelaburan utama negara Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui platform e-dagang yang diusahakan mereka. 

Mula menempa nama di laman sosial melalui penulisan blog Proudduck, reputasi Vivy melonjak naik sebagai pempengaruh dan usahawan tersohor menerusi jenamanya, FashionValet pada 2010.

Namun, pertuduhan kes pecah amanah tersebut telah menjejaskan kredibilitinya hingga memaksa beliau mengundurkan diri daripada syarikat tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram