
SETIAP negara memiliki tradisi dan budaya tersendiri dalam menjalankan ibadah puasa, termasuk di Kosovo iaitu salah sebuah negara Balkan.
Terdapat sebuah perkampungan di negara tersebut yang dikatakan sangat meriah apabila menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Ia jelas dapat dilihat menerusi sebuah video tular di media sosial yang memaparkan situasi penduduk setempat menunggu waktu berbuka puasa.
BACA LAGI: KPM umum 3 hari cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri
Anak-anak di sebuah desa di #Kosovomenunggu lampu dari menara masjid dinyalakan tanda sudah masuk waktu Maghrib sehingga mereka berlari untuk memberi tahu keluarga mereka agar berbuka puasa, sambil mengucapkan "Iftar".#RamadanMubarak pic.twitter.com/gP3PS9jumA
— Mas P1yu (@Piyusaja2) March 6, 2025
Dalam video itu, beberapa kanak-kanak yang berada di luar rumah menunggu lampu masjid dinyalakan untuk mengetahui masuknya waktu Maghrib dan berbuka.
Sejurus lampu dinyalakan, kesemua kanak-kanak tersebut berlari ke rumah masing-masing sambil menjerit 'iftar' untuk memberitahu keluarga mereka.
Situasi itu sebenarnya berlaku disebabkan masjid tersebut tidak mempunyai pembesar suara bagi tujuan menghebahkan laungkan azan, menurut perkongsian Wobbler Buster.
Justeru, pada bulan Ramadan, mereka berkumpul di luar rumah untuk mengetahui masuknya waktu maghrib sebagai tanda sudah boleh berbuka puasa.
Selain menjadi penanda aras waktu berbuka, ia juga mencerminkan semangat Ramadan yang penuh berkat dan kegembiraan khususnya bagi golongan kanak-kanak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram