Buat pertama kali, bilangan doktor wanita melebihi doktor lelaki


  • Relaks
  • Jumaat, 07 Mac 2025

Buat kali pertama sejak pendaftaran dibuka pada 1859, bilangan doktor wanita melebihi bilangan doktor lelaki. — Gambar Hiasan.

BUAT kali pertama, lebih ramai doktor wanita berbanding doktor lelaki di United Kingdom. 

General Medical Council (GMC) berkata bilangan wanita yang berdaftar telah mengatasi lelaki buat kali pertama, meskipun bilangannya berbeza berbanding England, Wales, Scotland dan Utara Ireland. 

Kira-kira 164,440 wanita berdaftar dengan lesen praktikal, menjadikan mereka 50.04%, berbanding 164,195 lelaki kata pengawal selia perubatan itu. 

BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga Festival Mega Raya Bangi 2025 mengamuk salahkan MPKj, rupanya penganjur tiada kelulusan

BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati kena tindakan, penguat kuasa DBKL digigit penjaja bazar Ramadan tanpa lesen

Salah satu faktor pendorong ialah bilangan wanita yang menyertai sekolah perubatan di UK. 

Sejak 2018/19, terdapat lebih ramai pelajar perubatan perempuan berbanding lelaki di empat negara, menurut pengawal selia. 

Angka menunjukkan hampir tidak ada doktor wanita lebih daripada 150 tahun yang lalu apabila pendaftaran dibuka kali pertama pada tahun 1859.

Ini kekal untuk beberapa dekad namun mula berubah sejak 1970-an. 

Pada masa ini, lebih ramai wanita bekerja sebagai doktor di Scotland dan Utara Ireland, dengan bilangan doktor wanita yang lebih sedikit di England dan Wales, kata GMC. 

Kebanyakan doktor wanita lebih ramai berada di bawah kepakaran sebagai obstetrik, ginekologi dan pediatrik. 

Pembedahan, oftalmologi dan perubatan kecemasan mempunyai paling sedikit bilangan doktor wanita. 

GMC berkata terdapat lebih ramai pengamal am wanita di UK, dengan 57.7 peratus tenaga kerja terdiri daripada doktor wanita. 

Profesor Dame Carrie MacEwen, pengerusi GMC dan pakar perunding oftalmologi berkata, demografi tenaga kerja perubatan.

"Berubah dengan pantas, dan kepelbagaian itu akan memberi manfaat kepada pesakit. Tetapi wanita yang berlatih untuk kerjaya dalam bidang perubatan harus akur dengan cabaran dan bijak menangani segala permasalahan. 

"Dan untuk wanita yang sudah pun bekerja sebagai doktor, mereka masih perlu ada inisiatif bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang positif dan inklusif. Doktor wanita juga harus diberi akses kepada peluang memajukan tingkat kerjaya, termasuk peranan kepimpinan demi kelangsungan kerjaya di samping perkhidmatan yang konsisten lagi memuaskan dalam bidang perubatan."

Menurut tinjauan latihan GMC mengenai diskriminasi di tempat kerja mendapati, sembilan peratus responden wanita melaporkan komen seksual atau gangguan yang menimbulkan rasa malu, tertekan atau tersinggung; berbanding doktor lelaki yang mencatatkan hanya empat peratus.

Dr Latifa Patel, pengerusi badan perwakilan British Medical Association, memanggil perubahan itu sebagai 'pencapaian penting untuk profesion dan untuk pesakit'.

"Di NHS, mengekalkan keselesaan dalam kalangan doktor wanita di tempat kerja dan gembira dalam memenuhi tanggungjawan mereka, semestinya menjadi keutamaan," tambahnya.

Profesor Scarlett McNally, presiden Medical Women's Federation dan seorang pakar bedah, berkata, "Perubahan besar ini harus diraikan." — Agensi