[VIDEO] Trump maki Zelensky depan media, Ukraine bakal hilang sokongan AS perangi Rusia


  • Benua
  • Sabtu, 01 Mac 2025

Trump (kanan) dan Zelensky masing-masing bermasam muka dalam satu pertemuan diadakan di AS pada Jumaat. — Agensi

AMERIKA Syarikat (AS) berkemungkinan besar akan menamatkan bantuan ketenteraan ke atas Ukraine selepas mesyuarat antara Donald Trump dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berakhir dengan pertengkaran pada Jumaat.

Kekecohan itu berlaku selepas Trump tampil menjelaskan kepada media Ukraine bahawa dia mahukan kedua-dua negara itu berdamai sekiranya Zelensky inginkan sokongan ketenteraan dari AS.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak serik, nahas pekerja India ‘berpusing’ 360 darjah angkara mesin masih berlaku di kilang tekstil

BACA LAGI: [VIDEO] Pesawat Delta Airlines terbalik sebelum terbakar ketika mendarat, 3 penumpang kritikal

"Jika kamu tidak mendapatkan bantuan ketenteraan kami, peperangan ini akan berakhir dalam masa dua minggu," kata Trump.

Bertindak balas atas kenyataan itu, Zelensky membalas "Saya dengar dari Putin (Presiden Rusia) dalam masa tiga hari," ujarnya.

Usai jawapan diberikan, Naib Presiden AS, JD Vance menganggap Presiden Ukraine itu sangat biadab dan tidak menghormati pentadbiran AS.

Zelensky bersama pasukan medianya kemudiannya dilaporkan terus beredar keluar dari bilik mesyuarat tersebut dan difahamkan bakal kehilangan sokongan daripada AS.

Meraih perkongsian ramai di laman sosial, Presiden Ukraine itu dibanjiri mesej sokongan daripada pemimpin Eropah dan Kanselor Jerman, Olaf Scholz antara yang tampil memberi komen.

"Ukraine boleh bergantung kepada Jerman dan seluruh negara Eropah selepas ini," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram