
PERIBAHASA malang tidak berbau cukup sarat dengan pesanan tentang bahaya yang boleh berlaku tanpa diduga bila-bila masa sahaja.
Bala mahupun kecelakaan boleh tercetus walau apa juga situasi dihadapi dan lebih merisaukan ia juga mampu mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap individu.
Situasi itu boleh digambarkan menerusi satu tragedi hitam yang melanda seorang pekerja kilang tekstil di Gujarat, India yang tercedera parah ketika bertugas.
BACA LAGI: [VIDEO] Pesawat Delta Airlines terbalik sebelum terbakar ketika mendarat, 3 penumpang kritikal
Mengimbau kembali insiden yang berlaku pada Oktober 2019 itu, individu terbabit berdepan detik cemas apabila separuh anggota tubuhnya tersekat pada sebuah mesin gulung di kilang berkenaan.
Mengendalikan mesin itu bersendirian, tangan lelaki tersebut secara tiba-tiba terjerat dan terperangkap dalam mesin berkenaan dipercayai akibat kecuaian ketika bekerja.
Gagal untuk melepaskan diri, dia kemudiannya 'disedut' oleh mesin gulung tersebut sekali gus mencetuskan kekecohan ketika kejadian.
Berpusing 360 darjah mengikut putaran mesin terbabit, jeritan pertolongan mangsa didengari beberapa individu yang tampil membantunya.
Individu berkenaan segera mematikan suis dan memotong kesemua gulungan benang pada mesin itu bagi menyelamatkan mangsa daripada terus terjerat.
Biarpun terselamat, mangsa dikatakan tercedera di bahagian kaki dan kepala dengan beberapa kesan lebam turut dialaminya akibat insiden itu.
Presiden Persekutuan Persatuan Kebajikan Penenun Gujarat (FOGWA), Asok Jirawala menerusi kenyataan menjelaskan betapa bahayanya mesin tersebut jika disalah gunakan.
"Kami cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai punca kejadian itu berlaku namun masih belum peroleh info yang tepat.
"Mesin itu berputar pada kelajuan yang sangat tinggi dan boleh mengakibatkan kematian," ujarnya.
Dalam pada itu, selang tiga tahun kemudian, kejadian hampir serupa sekali lagi berlaku membabitkan seorang pekerja kilang yang terperosok ke dalam mesin jubin di Gujarat.
Meskipun terselamat, kedua-dua insiden itu menjadi bualan hangat masyarakat seantero dunia dan sehingga kini masih dikenang sebagai peristiwa hitam di negara berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram