Beroperasi tanpa lesen, kotor dihurung lalat, MPKj kompaun 92 premis restoran di Kajang


  • Massa
  • Jumaat, 28 Feb 2025

Pegawai MPKj menjalankan pemeriksaan kesihatan di salah sebuah restoran dekat Kajang baru-baru ini.

SEBANYAK 92 buah premis restoran dijatuhi denda kompaun hasil serbuan dijalankan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sepanjang Januari lalu.

Presiden MPKj, Nazli Taib berkata, daripada 92 kompaun itu, tiga premis diarah ditutup mengikut Undang-Undang Kecil 62 dan Undang-undang Kecil Pelesenan Penubuhan Makanan (MPKj) 2007.

BACA LAGI: Diskriminasi, stereotaip, ketidakseimbangan gender masih cabaran utama pemimpin muda wanita negara

BACA LAGI: Wanita muda berilmu bijak buat keputusan sebagai pemimpin cekap, pendidikan agenda utama Izzana

“Premis itu telah diarahkan untuk ditutup kerana markah mereka kurang daripada 50 peratus semasa pemeriksaan kebersihan dijalankan.

“Tiga restoran terbabit terletak di Bandar Damai Perdana, Taman Emas Cheras dan Taman Industri Selaman.

“Pelanggaran yang membawa kepada kompaun termasuk pemilik premis tidak mempraktikkan pemakaian apron atau penutup kepala semasa penyediaan makanan, pembuangan sisa makanan yang tidak teratur, beroperasi tanpa lesen dan tidak mengambil langkah pencegahan tikus, lalat dan serangga,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, MPKJ mengesahkan tahap kebersihan Sungai Kabul kembali jernih hasil pemeriksaan dijalankan pada 15 hingga 31 Januari lalu. 

Lembaga Pengurusan Air Selangor (LUAS) sebelum ini mengeluarkan amaran kuning selepas mendapati pencemaran air telah menjejaskan kebersihan sungai di Beranang pada 14 Januari lepas.

"Sumbernya datang dari kilang percetakan dan pembuatan kotak di Beranang yang kini telah pun ditutup," katanya.

Tambahnya, MPKj turut mendapati takungan air di kawasan berhampiran telah bertukar warna menjadi hitam kebiruan gelap.

“Air takungan itu semakin kotor dan mula melimpah ke dalam longkang.

“Kami mengesyaki cecair itu datang dari kilang sama kerana bahannya serupa.

“Walaupun begitu, pemantauan mendapati Sungai Kabul tidak mempunyai tanda-tanda pencemaran,” ujarnya.

Pada 6 Februari lalu, pengerusi jawatankuasa kesihatan awam dan alam sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin mengumumkan penutupan kilang itu selepas Sungai Kabul bertukar warna biru.

Jelasnya, kilang itu disiasat di bawah Seksyen 79(4) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999 kerana mencemarkan sumber air. — The Star/MEGAT SYAHAR

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram