
SEBUAH pesawat penerbangan Delta Airlines dilaporkan terhempas dan terbalik di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto, Kanada pada Isnin.
Seramai 18 penumpang tercedera dalam kejadian terbabit dengan tiga mangsa termasuk seorang lelaki berusia 60-an, wanita dan kanak-kanak dilaporkan kritikal.
Perkhidmatan Paramedik Wilayah Peel menerusi kenyataan menjelaskan, seramai 12 lagi penumpang lain hanya cedera ringan dan diberikan rawatan di hospital.
BACA LAGI: [VIDEO] Warga emas 'ditelan' bumi, penutup lubang saliran kedai tiba-tiba pecah di Seremban
Dalam satu kenyataan di platform X, pihak lapangan terbang mengesahkan bahawa semua penumpang dan anak kapal telah dikenal pasti.
Insiden berlaku sekitar pukul 3.30 petang waktu tempatan (EST) dalam keadaan bersalji, menurut pihak berkuasa lapangan terbang.
The moment the people aboard Delta Airlines get rescued
A Delta CRJ900 flying from Minneapolis was crashed at the airport—flipped upside down with its wings torn off. pic.twitter.com/5ZBJ906ZEt
— Madam Bè (@0xm0m0) February 17, 2025
Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Toronto, Deborah Flint memuji kecekapan kru pesawat yang bertanggungjawab memastikan keselamatan penumpang.
"Tiada kehilangan nyawa dan ini adalah disebabkan kru kami yang sangat profesional dan terlatih jika berdepan insiden cemas seperti ini.
"Kesemua 76 penumpang dan empat anak kapal dalam pesawat itu telah dipindahkan berikutan tragedi tersebut," katanya.
Ketua Bomba Lapangan Terbang Toronto, Todd Aitken menjelaskan punca kejadian masih belum dapat dipastikan kerana tiada angin lintang dan ribut kncang berlaku ketika kejadian.
Lapangan Terbang Toronto menghentikan sementara kesemua jadual penerbangan susulan tragedi itu sebelum disambung semula kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram