Sukan merentas desa babit murid sekolah perlu patuh aspek keselamatan, minimum jarak 2km


  • Massa
  • Jumaat, 28 Feb 2025

Aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan dianjurkan setiap sekolah. — Gambar hiasan

KEMATIAN seorang pelajar lelaki yang dilaporkan rebah selepas menyertai acara merentas desa di sebuah sekolah dekat Sungai Petani, Kedah pada Khamis menimbulkan kerisauan ramai.

Golongan ibu bapa khususnya antara yang lantang bersuara soal keselamatan dan kesihatan anak-anak ketika menyertai aktiviti tahunan sekolah tersebut.

Tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya pada pihak sekolah, namun aspek keselamatan dari segi jarak larian dan trek laluan perlu dipertingkatkan.

BACA LAGI: Pelajar Tingkatan 5 meninggal dunia sebaik lepasi garisan penamat merentas desa di Sungai Petani

BACA LAGI: Pesara tentera maut dirempuh pemandu Hilux elak anjing melintas di Kulai

"Kalau nak buat merentas desa tak perlu sampai lima ke enam kilometer (km) ke atas, minimum yang sesuai bawah tiga km je patutnya, bukan nak jadi atlet sukan, sekadar acara tahunan je," kata Siti Norhaniza.

"Buat rentas desa perlu patuh aspek tertentu, jangan kalut seelsai kalendar sekolah, latihan perlu mencukupi, jarak jangan terlalu jauh, semak kesihatan pelajar dan pasukan keselamatan terlatih, kalau jadi kematian menyesal tak sudah nanti," ujar Mohd Nasrul.

"Sekolah anak saya merentas desa mulanya enam km lepas tu cikgu tambah jadi lapan km, sepatutnya jangan jauh sangat jarak bukan semua murid sihat, mereka tak tahu itu yang memaksa diri sampai sakit," tambah Nina Sakina.

Menggesa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) segera menyemak semula dasar keselamatan penganjuran merentas desa, ibu bapa berharap kes kematian babitkan pelajar tidak lagi berulang selepas ini.

Seorang pelajar dilaporkan meninggal dunia usai menamatkan larian merentas desa di Sungai Petani.

 

Terdahulu, seorang pelajar Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 17, dipercayai rebah selepas berjaya menamatkan merentas desa sejauh enam kilometer itu sebaik tiba di garisan penamat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pelajar Tingkatan Lima itu dikatakan menyertai acara merentas desa peringkat sekolah bersama pelajar lain.

Siasatan polis mendapati mangsa sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit selain merupakan pelajar aktif bersukan di sekolah terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram