Penyanyi 'Bea Sobar Bea' rayu diberi peluang kedua berkarya, harap sokongan peminat


  • Hiburan
  • Jumaat, 28 Feb 2025

Penyanyi Eda Ezrin yakin keputusan mahkamah pada 6 Mac depan akan memihak padanya.

PENYANYI wanita tersohor Kelantan, Eda Ezrin, 30, atau nama lengkapnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail yakin keputusan mahkamah pada 6 Mac depan akan memihak padanya.

Jelas ibu kepada dua anak itu, dia percaya bahawa dirinya akan dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi dan berharap peminat sentiasa menyokongnya walau apa jua situasi dihadapi.

BACA LAGI: Magis Anwari Ashraf mampu lonjak Keluang Man 'mendonia', ubah landskap perfileman tempatan

BACA LAGI:Sebaris Pak Nil dan Afdlin Shauki, Bront Palarae kini bergelar Profesor Adjung Seni Sinematik MMU

“Saya harap selepas saya dibebaskan, peminat akan terus menyokong saya dan memberi peluang untuk terus berkarya.

“Jangan terlalu cepat menilai, ini mungkin ujian untuk saya menjadi lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Bea Sobar Bea itu sama sekali tidak terkilan apabila projek lagu rayanya digantikan dengan artis wanita lain.

Jelasnya, dia berharap dapat memberi lebih banyak peluang kepada rakan artis lain untuk turut sama terlibat dalam muzik dialek Kelantan.

“Saya tidak kecewa, itu rezeki dia insya-ALLAH selepas saya dibebaskan, masih ada peluang untuk saya,” katanya.

Dia berharap penggantinya akan melakukan yang terbaik agar industri muzik Kelantan terus berkembang.

Terdahulu, Mahkamah Wilayah Narathiwat di Thailand pada Jumaat menetapkan tarikh 6 Mac sebagai keputusan kes membabitkan tertuduh, suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta empat yang lain: Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; Zuhaira Nasrin, 26; dan Erdieka Mohd Noor, 33 

Keputusan itu dibuat selepas semua saksi pendakwaan dan suspek melengkapkan keterangan mereka selama tiga hari, bermula pada 11, 13, dan 14 Februari lalu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram