Tarikh puasa berbeza lagi, Indonesia sudah mula bersolat tarawih


  • Benua
  • Jumaat, 28 Feb 2025

UMAT Islam di Indonesia akan memulakan ibadah puasa Ramadan pada Sabtu.

UMAT Islam di Indonesia akan memulakan ibadah puasa Ramadan pada hari Sabtu, sehari lebih awal berbanding kebanyakan negara lain. 

Kepastian itu diperoleh selepas sidang isbat yang diadakan oleh Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan bahawa 1 Ramadan 1446 Hijriah jatuh pada tarikh tersebut.

Pengumuman rasmi dibuat oleh Menteri Agama Indonesia, Nasaruddin Umar dalam satu sidang media yang berlangsung di pejabat Kementerian Agama di Jakarta Pusat pada hari Jumaat. 

BACA LAGI: [VIDEO] Padah lempar kabel internet dari bawah, 2 juruteknik Indonesia rentung berpelukan terkena renjatan elektrik

BACA LAGI: Gula-gula gummy mata tiada lagi di pasaran, dikeluarkan dari platform online

Keputusan itu turut diselaraskan dengan ketetapan yang dibuat oleh Lembaga Pusat Muhammadiyah menjadikan tarikh permulaan puasa lebih jelas dan seragam.

Pada tahun lalu, Indonesia juga memulakan ibadah puasa lebih awal, dengan laporan yang menyebut perbezaan sehingga seminggu berbanding Malaysia. 

Memetik laporan media antarabangsa, jemaah di Masjid Aolia, Daerah Panggang, Gunungkidul, Jogjakarta sebelum ini, telah memulakan solat tarawih seawal 6 Mac 2024. 

Imam Masjid Aolia, KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau lebih dikenali sebagai Mbah Benu menyatakan bahawa solat tarawih yang dijalankan adalah selaras dengan amalan di lokasi lain.

“Setiap jemaah mengikuti imam yang telah ditetapkan. Saya sendiri memimpin solat tarawih yang dilaksanakan sebanyak 23 rakaat, termasuk solat witir,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram