[VIDEO] Sikit lagi bertembung, tindakan juruterbang buat 'go-around' elak 2 pesawat berlanggar di Chicago


  • Benua
  • Rabu, 26 Feb 2025

Dua pesawat hampir bertembung di laluan mendarat sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat.

DUA pesawat dilaporkan hampir bertembung dalam sebuah kejadian yang berlaku di Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Selasa.

Memetik laporan dari AS, insiden tersebut melibatkan sebuah jet peribadi dengan pesawat komersial iaitu Southwest Airlines.

Dalam sebuah rakaman, ia menunjukkan pesawat Southwest Flight 2504 hampir mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Midway sebelum tiba-tiba tidak jadi berbuat demikian.

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat berpaut seketika, pemancing hanyut, bot terlanggar pokok tumbang di Indonesia

BACA LAGI: [VIDEO] Sambutan hari jadi bertukar mimpi ngeri, wanita Vietnam melecur muka belon gas hidrogen meletup

 

 

Ia berlaku selepas juruterbang pesawat komersial itu mahu mengelak sebuah jet peribadi yang melintas di laluan mendarat.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA), kejadian itu berlaku disebabkan oleh jet peribadi itu memasuki laluan mendarat tanpa kebenaran yang menyebabkan pesawat Southwest Airlines terpaksa membuat tindakan 'go-around' bagi mengelakkan perlanggaran. 

Namun begitu, pesawat komersial itu berjaya juga untuk mendarat dengan selamat selepas mengambil langkah berjaga-jaga.

Sementara bagi syarikat jet peribadi, Flexjet, mereka akan menjalankan siasatan terhadap insiden melibatkan salah satu pesawat yang hampir menyebabkan insiden lebih buruk berlaku.

"Flexjet mengutamakan standard keselamatan yang tertinggi dan kami akan melakukan siasatan terperinci.

"Sebarang tindakan akan diambil untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi akan diambil.

Mujur pada kejadian tersebut, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dengan kesemua penumpang pesawat komersial itu berjaya mendarat dengan selamat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram