[VIDEO] Suami tergamak 'kerjakan' isteri sedang kendong anak depan orang ramai dalam kedai runcit Sumatera


  • Benua
  • Selasa, 25 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan seorang wanita diserang suaminya di sebuah premis di Indonesia pada Isnin.

SEORANG wanita diserang dan dikasari suaminya dalam sebuah premis di Sumatera, Indonesia pada Isnin.

Menerusi video tular di media sosial sejak Selasa, wanita tersebut sedang memegang seorang kanak-kanak dipercayai anaknya sebelum diserang.

Mangsa pada awalnya dilihat cuba menyembunyikan diri dan meminta pertolongan seorang pelanggan di lokasi itu.

BACA LAGI: Tak sempat elak, remaja maut rempuh lembu melintas di Gua Musang

BACA LAGI: [VIDEO] Detik cemas 30 minit sebelum mendarat, penumpang panik pesawat JB-Bangkok penuh asap angkara 'power bank' meletup

 

 

 

 

 

Beberapa minit kemudian, kelihatan suaminya berlari masuk ke dalam premis dan terus memukul mangsa dengan menggunakan batu bata.

Kejadian itu juga disaksikan oleh beberapa pelanggan lain termasuk pekerja premis tersebut.

Mangsa kemudiannya dilihat cuba melarikan diri daripada dipukul lagi selepas kejadian itu.

Namun, keadaan mangsa dan anaknya masih belum dapat dipastikan lagi setakat ini.

Susulan itu, pihak polis kawasan berkenaan dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Polis bagaimanapun belum menyatakan punca sebenar kejadian.

Difahamkan, suspek merupakan pegawai di sebuah jabatan kerajaan di Sumatera Utara, Indonesia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram