
SEORANG wanita tercedera dihempap serpihan batu apabila sebahagian bangunan kedai runtuh dirempuh bas ekspres tanpa pemandu di Jalan Daeng Selili, Kuala Kangsar, Perak pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi dan bas berkenaan berhenti di bahu jalan berhadapan Pejabat Pos Kuala Kangsar.
BACA LAGI: Ismail Sabri pengsan tak sedarkan diri, ramai doakan 'Pak Long' di hospital
BACA LAGI: Kes dera budak autisme, JKM keluar notis larangan beroperasi kepada pengusaha tadika di Shah Alam
“Bas persiaran itu kemudian melanggar sebuah kereta dan bangunan kedai makan di sebelah kanan jalan.
“Wanita berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai terbabit bengkak pada betis akibat terkena serpihan batu bangunan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Rakaman kejadian dikongsikan di laman sosial dan meraih perhatian warga maya.
Seorang wanita tercedera dihempap batu selepas sebuah bas merempuh kedai makan. pic.twitter.com/ktDum7465P
— CyberBorg (@borg_cyber) February 22, 2025
Dalam pada itu, pemandu mendakwa brek tangan bas berkenaan sudah pun ditarik sebelum diletakkan di ruang parkir.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Sub Inspektor Mohd Fariq Sabaludun di talian 012-2712335 atau talian 05-7762222. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram