[VIDEO] Sambutan hari jadi bertukar mimpi ngeri, wanita Vietnam melecur muka belon gas hidrogen meletup


  • Benua
  • Jumaat, 21 Feb 2025

Tangkap layar sambutan hari jadi seorang wanita bertukar tragedi selepas belon berisi gas hidrogen yang dipegangnya secara tiba-tiba meletup pada 14 Februari lalu.

SAMBUTAN hari jadi seorang wanita bertukar tragedi selepas belon berisi gas hidrogen yang dipegangnya secara tiba-tiba meletup pada 14 Februari lalu.

Mangsa, Pham Giang, yang berasal dari Hanoi, Vietnam turut berkongsi pengalamannya di media sosial sebagai peringatan kepada orang ramai mengenai bahaya penggunaan belon berisi gas hidrogen dalam majlis keraian.

Video tragedi malang itu juga turut dikongsikan warga maya di seluruh dunia dan menjadi bualan ramai.

BACA LAGI: [VIDEO] Terlebih berani hulur makanan sambil usap buaya 'mangsa banjir', warga emas hampir maut dibaham

BACA LAGI: [VIDEO] Atlet angkat berat remaja perempuan India maut patah tengkuk dihempap barbel 270kg

Menurut Giang, seperti tahun-tahun sebelumnya, dia mengadakan sambutan hari lahir di sebuah restoran bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bagi mencipta suasana lebih meriah, selain belon yang disediakan pihak restoran, dia turut menempah sekumpulan belon khas dengan namanya tertera di atasnya.

 

 

 

 

Ketika majlis hampir berakhir, Giang mengambil video sambil memegang kek hari jadi yang lilin masih menyala sambil memegang belon.

Secara tiba-tiba, belon yang dipegangnya terkena api dari lilin dan meletup, menyebabkan api menyambar muka dan tangannya.

"Ketika kejadian, saya terus menutup mata serta-merta dan merasa sakit serta panas pada wajah dan tangan.

"Saya terus berlari ke bilik air untuk menyiram air ke muka saya," katanya.

Giang melecur tahap dua di bahagian muka dan tahap satu di tangan. — Agensi

Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Xanh Pon, di mana doktor mengesahkan dia mengalami melecur tahap dua di bahagian muka dan tahap satu di tangan.

Meskipun masih merasa sakit selepas hampir seminggu, pemeriksaan lanjut mendapati matanya tidak terjejas akibat kejadian itu.

Giang menekankan pentingnya kesedaran terhadap penggunaan belon berisi gas hidrogen, yang sering digunakan dalam majlis-majlis keraian.

Belon berisi gas hidrogen lebih murah berbanding gas helium, tetapi ia mudah terbakar dan meletup apabila terkena sumber haba seperti lilin, pemetik api, atau percikan elektrik.

Pihak Hospital turut mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai bahaya belon berisi gas hidrogen dan menasihatkan langkah-langkah keselamatan seperti:

Giang berharap kejadian yang menimpanya menjadi peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memilih dan menggunakan belon dalam majlis keraian mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram