Kanak-kanak tercekik gummy eye ball di Pulau Pinang meninggal dunia


  • Massa
  • Jumaat, 21 Feb 2025

Mohamad Fahmi (kanan) dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.

KANAK-KANAK berusia 10 tahun, Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, yang sebelum ini dilaporkan kritikal selepas tercekik gula-gula ‘gummy’, disahkan meninggal dunia pada Khamis.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan di aplikasi WhatsApp, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 11 malam Khamis.

BACA LAGI: Rakan lihat mangsa terjatuh, tak sedarkan diri tercekik gummy eye ball — Polis

BACA LAGI: 'Gummy mata macam 'slime', lekat pada baju', insiden budak kritikal tercekik gula-gula di George Town jadi iktibar ibu bapa

"Assalamualaikum, salam sejahtera.

" Dukacita dimaklumkan adik Muhamad Fahmi sudah kembali kpd Penciptanya baru pukul 11.00 malam.

"Berita sedih ini baru diterima daripada Ustazah Azizah Penyelaras KAFA yg masih di Hospital Pulau Pinang (HPP) bersama Ustazah Muna dan Ustazah Amirah.

"Sama-sama kita sedekahkan Al - Fatihah utk arwah adik Fahmi. Semoga arwah ditempatkan dlm kalangan orang-orang beriman," tulis individu berkenaan.

Terdahulu, Majoriti melaporkan mangsa, Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, 10, sebelum itu didakwa rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang menjalani pembelajaran di sekolahnya.

Berdasarkan hantaran dikongsikan ibu saudaranya di Facebook Fara Hani, Mohamad Hafiz berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), Pulau Pinang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram