
DUA individu wanita dilarang berkunjung ke Taman Safari Indonesia (TSI) selepas didakwa sengaja meluru dan mendekati seekor haiwan singa dari jarak dekat di Indonesia.
Meskipun papan tanda jelas memaparkan larangan perbuatan sedemikian, kedua-dua wanita terbabit masih berkeras demi memenuhi kehendak anak-anaknya.
Naib Presiden Kanan Pemasaran TSI, Alexander Zulkarnain menegaskan tindakan itu cukup membahayakan buat pengunjung mahupun haiwan di situ.
Ibu Bawa Tiga Anak Turun dari Mobi di Area Terlarang Taman Safari, Kena "Blacklist" pic.twitter.com/kyqwHt0fsr
— Kompas.com (@kompascom) February 19, 2025
"Kami sudah menerima nombor pendaftaran kereta berkenaan dan memutuskan kedua-dua individu terbabit dilarang berkunjung ke Taman Safari.
"Mereka kini disenarai hitam dan dilarang memasuki Taman Safari Indonesia," katanya.
Tambahnya, pihaknya sentiasa komited untuk menjadi sebuah institusi pemuliharaan yang sentiasa mengekalkan kelestarian haiwan.
"Kami menggesa semua pengunjung kekal di dalam kenderaan masing-masing dan mematuhi peraturan sedia ada demi keselamatan semua pihak.
"Sebagai langkah pencegahan dan keselamatn, saya bercadang untuk meningkatkan penyeliaan dan pendidikan kepada pengunjung agar kejadian serupa tidak berulang.
"Bagi pelawat yang ingin berinteraksi lebih dekat dengan haiwan, TSI menyediakan kawasan 'Zoo Bayi' yang membolehkan interaksi lebih selamat di bawah pengawasan rapi daripada pasukan penjagaan haiwan," ujarnya.
Keputusan itu menunjukkan kesungguhan TSI dalam menguatkuasakan peraturan dan menjaga keselamatan pelawat mahupun haiwan.
TSI pada masa sama berharap langkah diambil akan mengurangkan potensi bahaya masa depan dan mengukuhkan komitmen mereka terhadap pemuliharaan hidupan liar serta keselamatan pelawat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram