[VIDEO] Fenomena banjir beku runsingkan penduduk bandar AS


  • Benua
  • Khamis, 20 Feb 2025

Laluan jalan raya di bandar Detroit, Michigan dilanda banjir beku sejak Rabu. — Agensi

PENDUDUK bandar Detroit, Michigan, Amerika Syarikat (AS) berdepan detik sukar apabila dilanda bencana banjir beku sejak Rabu.

Situasi itu bertambah keruh apabila sebuah tangki air utama di barat daya Detroit dilaporkan pecah dan mengakibatkan laluan jalan raya di bandar itu membeku sepenuhnya.

Beberapa buah kereta turut mengalami kerosakan selepas ditenggelami ais beku yang nyata mengundang kerisauan ramai penduduk di sana.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak serik, nahas pekerja India ‘berpusing’ 360 darjah angkara mesin masih berlaku di kilang tekstil

BACA LAGI: [VIDEO] Latihan akrobatik makan diri, penjual karpet di India meninggal dunia hampir seminggu dirawat di hospital

"Perkara pertama yang saya fikir adalah ia sangat teruk, dan kedua, apa yang saya perlu lakukan untuk menyelamatkan kereta saya," kata seorang penduduk terjejas.

Situasi berkenaan meraih perkongsian meluas di laman X dan dihujani ribuan komen warga maya.

 

 

 

 

"Ini adalah perkara paling buruk pernah berlaku, saya tinggal di timur Kanada dan banyak tanah mendap akibat cuaca panas melampau. doakan yang terbaik buat penduduk di sekitar Detroit," DavidMcGor.

"Keadaan sangat teruk, saya di sana untuk menghadiri majlis tetapi kereta saya membeku disebabkan banjir yang berlaku," ujar AndrewJohn.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Detroit, Mike Duggan berkata, pasukan penyelamat kini sedang giat menjalankan usaha menyelamat.

"Kami telah beralih daripada fasa menyelamat kepada bantuan perkhidmatan dari setiap rumah ke rumah.

"Penduduk digalakkan untuk memfailkan tuntutan insurans dan diminta menghubungi polis jika terdapat kereta yang perlu dialihkan dari jalan raya," katanya.

Ketua Polis Detroit, Todd Bettison berkata, kesemua caj dan hukuman denda akan digugurkan bagi membolehkan penduduk mengalihkan kenderaan masing-masing.

"Tiada caj, denda akan dikenakan, kesemua penduduk dinasihatkan untuk mengalihkan kereta yang tersekat," tambahnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram