
DEMI melariskan jualan, seorang penjual karpet lelaki maut selepas berlatih melakukan aksi akrobatik yang mengakibatkan tulang lehernya patah di Neemuch di Madhya Pradesh, India.
Kejadian yang berlaku pada 13 Disember tahun lalu itu kembali tular di laman sosial sejak Rabu susulan insiden menyayat hati yang mengorbankan remaja lelaki berusia 18 tahun tersebut.
Mengimbau kembali insiden terbabit, Rakesh Garasiya terlebih dahulu dikatakan cuba melakukan aksi 'gulung' atas timbunan karpet dan selimut yang dijual di kawasan terbabit.
BACA LAGI: [VIDEO] Warga emas 'ditelan' bumi, penutup lubang saliran kedai tiba-tiba pecah di Seremban
BACA LAGI: [VIDEO] KL Wildcats kekal rekod ‘perfect’ baham Johor, fans kecewa taktikal Jewels mudah dibaca
Namun, situasi bertukar parah apabila dia terjatuh dan menyebabkan kepalanya terhantuk ke lantai.
Seorang pemuda melakukan aksi akrobatik untuk bersenang-senang dan kehilangan nyawanya. Tulang lehernya patah. pic.twitter.com/7vBFb2SMUu
— Epin Ramadhan (@abcdefvckman) February 11, 2025
Biarpun tercedera, Rakesh pada mulanya masih mampu berdiri dan berjalan ke arah rakan-rakannya.
Namun, keadaan itu tidak berpanjangan apabila remaja berkenaan kemudiannya rebah dan terkulai akibat kecederaan di bahagian lehernya yang dilaporkan patah ketika kejadian.
Usai tragedi itu, dia diberikan rawatan di wad hospital selama enam hari dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan patah tulang leher.
Merupakan penduduk sekitar kawasan berhampiran balai polis Rampura di Neemuch, mayat Rakesh kemudiannya disemadikan di kampung Bhadana, India. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram