[VIDEO] Nahas suami isteri kemalangan di Tawau, wanita mengandung parah dihempap kayu balak


  • 112
  • Khamis, 20 Feb 2025

Seorang wanita mengandung cedera parah akibat kemalangan dihempap kayu balak di Tawau pda Khamis.

SEBUAH trak pikap jenis Toyota Hilux dinaiki sepasang suami isteri dihempap kayu balak yang jatuh dari sebuah lori akibat kemalangan di Jalan Merotai-Kalabakan, Tawau, Sabah pada Rabu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang itu mengakibatkan kedua-dua mangsa termasuk seorang wanita sarat mengandung cedera parah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan balak dipandu lelaki berumur 38 tahun dari arah jalan Kalabakan-Merotai menuju Log-Pond, manakala pasangan suami isteri masing-masing berumur 35 dan 31 tahun dari arah pusat bandar menuju ke Luasong.

BACA LAGI: Jalani pembedahan implan kepala pada Mac, fisioterapis asal Kedah rancang buka kafe, produk lemak cili api

BACA LAGI: [VIDEO] Nahas rempuh tiang elektrik di Sungai Golok, warga emas Malaysia maut, 2 lagi parah

"Sebatang kayu balak tiba-tiba terjatuh dari muatan lori dari arah bertentangan dan menghempap hadapan pikap terbabit.

"Kejadian menyebabkan bahagian hadapan pikap rosak teruk," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Bagaimanapun, isteri pemandu Hilux yang sarat mengandung kini menerima rawatan di zon kuning Hospital Tawau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 kerana memandu tanpa kecermatan hingga mengakibatkan kemalangan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram