
SATU insiden kemalangan berlaku membabitkan seorang warga emas Malaysia maut manakala dua lagi parah di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand pada Isnin.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai Che Azizah Mohd Daim, 62, berasal dari Jerterh, Terengganu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Insiden berlaku selepas pemandu Axia berusia 35 tahun dipercayai hilang kawalan dengan seorang lagi penumpang berusia 65 tahun dilaporkan cedera parah selepas merempuh tiang elektrik di Lubo Lue Song berhampiran Mundok, Narathiwat.
BACA LAGI: Kes Setia Alam: Polis tembak mati suspek di Pulau Ketam
Rakaman insiden terbabit dikongsikan meluas di laman sosial dengan orang ramai yang mengenali mangsa diminta tampil ke balai berhampiran.
Timbalan Ketua Polis Mundok, Leftenan Teepakorn Thitichayakul berkata, kereta tersebut sedang dalam perjalanan dari Tanjung Mas, Narathiwat ke bandar Sungai Golok.
"Pemandu berusia 35 tahun dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan tersebut,” katanya.
"Pemandu dan seorang lagi penumpang berusia 65 tahun mengalami kecederaan parah.
"Kedua-duanya dihantar ke Hospital Sungai Golok untuk mendapatkan rawatan,” lapor NST. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram