[VIDEO] Selepas setahun, Amira Othman ‘update’ ciri calon suami, sah Fattah Amin tiada dalam senarai


  • Hiburan
  • Isnin, 17 Feb 2025

Amira Othman mendedahkan dirinya enggan berpasangan dengan individu dalam kalangan artis.

GOSIP percintaan antara pelakon popular, Fattah Amin, 34, dan penyanyi, Amira Othman, 31, menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat.

Manakan tidak, kedua-dua selebriti itu dilihat cukup sepadan dari segenap sudut dengan pelantun lagu Hati Hati itu juga masih belum ditawan mana-mana lelaki setakat ini.

Ditambah pula dengan status Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd Amin yang kini bergelar duda terlaris di pasaran, membuatkan ramai pihak merestui hubungan kedua-dua selebriti tanah air itu.

BACA LAGI: 'Artis SN Legacy bukan pakai kabel', Umairah janji tampil kelainan berbanding TokTi

BACA LAGI: Bukan lagi bawah naungan Luncai Emas, Margasatwa serlah budaya Terengganu menerusi 'Dalam Kotok'

Pernah berkongsi yang dirinya sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan kira-kira setahun lalu, bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-10 itu sebelum ini mendedahkan dua ciri-ciri lelaki idamannya.

Mengimpikan pasangan yang bertanggungjawab dan penyabar, dua ciri itu menurut Amira mampu membawa perkahwinan bahagia hingga ke jannah.

"Saya minat lelaki yang sabar kerana kalau kita tanya pun tiada orang mahu pilih lelaki yang baran.

"Perempuan ini dia ada emosi tersendiri, bayangkan kalau saya tengah emosi tiba-tiba lelaki itu marah, dah jadi susah," katanya kepada Majoriti.

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

miraa

Terbaharu, Amira menerusi temu bual bersama penyampai radio Suria FM sekali lagi berkongsi kriteria jejaka idamannya.

Jelasnya, dia sama sekali tidak memilih rupa mahupun status seseorang namun, individu berkenaan diharapkan bukan dalam kalangan artis industri tempatan.

"Saya kalau boleh tak nak artis, sebab saya ni kuat cemburu orangnya, tapi kalau jodoh saya orang seni, saya kena bersedia dengan karier dia.

"Apaila saya pilih dia, saya kena tau la risikonya (bercinta dengan anak seni), tapi saya takut nak cakap pilih siapa sebab mak selalu pesan tentang soal takdir.

"Sebab tu saya seram nak jawab sebab tahu mak dengar di rumah," katanya.

Tidak menujukan kepada mana-mana individu, perkongsian itu sekali gus menjawab segala spekulasi kisah percintaan antara dua pasangan sejoli itu yang dilihat mungkin sekadar mimpi di siang hari.

Fattah yang merupakan seorang pelakon disegani tanah air mungkin bukan kriteria dimahukan Amira susulan kenyataan dikongsikan.

Namun, perlu diingati bahawa jodoh bukan di tangan kita dan harapan peminat pastinya terus bersinar untuk menyaksikan mereka andai takdir menyatukan mereka satu hari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram