[VIDEO] Nahas malam Tahun Baharu Cina, rider superbike jadi mangsa langgar lari di Nilai


  • Tular
  • Rabu, 29 Jan 2025

Tangkap layar menunjukkan keadaan penunggang motosikal tersebut yang dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam.

SEBUAH kereta jenis Toyota Harrier putih dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sebelum melarikan diri selepas kejadian yang berlaku pada malam Selasa.

Insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar pukul 11.30 malam berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Seremban.

Menerusi video yang tular di laman X itu menunjukkan sebuah kereta berwarna putih tersebut melanggar motosikal dari belakang dengan sengaja yang menyebabkan penunggang motosikal berkenaan terjatuh.

BACA LAGI: Rosmah mahu saman pemegang akaun TikTok RM1 juta, sebar dakwaan amal ilmu hitam

BACA LAGI: [VIDEO] Keputusan VAR 'last minute' kecewakan fans, aksi JDT-MUFT dan Selangor-Penang turut terpalit

Namun, selepas insiden itu, pemandu Toyota Harrier berkenaan terus memecut keluar melalui tol Nilai tanpa berhenti untuk memberikan bantuan atau membuat laporan polis.

"Toyota Harrier Putih lampu kuning (Sport Light) yang melanggar seseorang dan terus keluar melalui tol Nilai selepas kejadian.

"Dari rakaman yang kami ada, ia kelihatan seperti pelanggaran yang disengajakan dari belakang terhadap sebuah motosikal sebelum melarikan diri.

"Kejadian berlaku pada 28 Januari 2025 pukul 11.30 malam di lebuhraya utara-selatan dari Melaka ke Seremban," tulisnya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram