HUJAN lebat yang berterusan sejak Selasa malam, ditambah dengan fenomena air pasang besar menyebabkan banjir terburuk melanda Bintulu, Sarawak pada Rabu.
Akibat banjir tersebut, banyak kediaman penduduk terjejas dengan air melimpah masuk ke dalam rumah, manakala kenderaan penduduk turut tenggelam.
Keadaan banjir yang semakin buruk kini tular di media sosial, dengan orang ramai berharap paras air segera surut untuk mengurangkan kesulitan yang dihadapi.
Lebih merisaukan lagi, penduduk yang terjejas di kawasan banjir sekitar daerah itu digemparkan dengan kemunculan seekor buaya yang dilihat bererang dalam banjir berhampiran tapak perumahan.
“Kelibat seekor buaya kelihatan di kawasan perumahan yang dilanda banjir di Bintulu, Sarawak.
“Sila pastikan anak-anak tidak bermain di kawasan banjir. Semoga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya pada hantaran itu.
Bencana banjir di Bintulu terus membimbangkan dengan sebanyak 17 kawasan kini dilaporkan terjejas akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram