PEKA dan fokus ketika di jalan raya sememangnya sangat penting bagi mengurangkan risiko berbahaya seperti kemalangan.
Jika tidak, ia boleh memberi kesan buruk kepada semua pengguna termasuk pemandu dan penunggang motosikal.
Sama seperti kemalangan ngeri yang pernah berlaku di Colombia pada Januari 2021.
BACA LAGI: [VIDEO] Tulisan 'help', 'trafico' dikesan dalam peta Google di LA undang tanda tanya
Meskipun sudah lima tahun berlalu, kejadian itu masih diingati dan kembali tular di media sosial sejak Isnin.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku di perkarangan premis kedai di bandar El Doncello, Colombia.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki menunggang motosikalnya dengan begitu laju di jalan lurus.
Mangsa bagaimanapun tidak sempat mengelak sebelum merempuh sebuah kereta yang mahu membuat pusingan U secara mengejut.
Rempuhan itu sekali gus menyebabkan kaki mangsa tercabut dan melekat pada depan kereta tersebut.
Mangsa juga dilihat terpelanting bersama motosikalnya sebelum dibantu orang awam.
Sementara itu, rata-rata warga maya menyalahkan kedua-dua pengguna jalan raya terlibat kerana tidak berhati-hati.
"Pemandu kereta sebenarnya boleh berhenti dan beri masa untuk penunggang motosikal itu lalu. Tetapi, dia enggan berbuat demikian," komen @lazo_mor.
"Ini sememangnya salah penunggang motosikal. Sepatutnya dia perlu berhenti," respons @carf1512. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram