Sempat sebut 'ALLAH' 3 kali sebelum rebah, saksi dedah amalan Jojo 'One Nation Emcees' sebelum meninggal dunia


  • Hiburan
  • Isnin, 27 Jan 2025

Allayarham Jojo yang meninggal dunia ketika berdakwah dalam sebuah masjid di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Ahad. — Facebook/Aiman Hakim

PEMERGIAN bekas penyanyi rap kumpulan One Nation Emcees, Jojo, 50, atau nama sebenarnya, Nur Hasan Balas di sebuah masjid, Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Ahad lalu masih menjadi bualan rakyat Malaysia.

Allahyarham sebelum ini dikatakan rebah ketika bacaan doa akhir dan disahkan meninggal di lokasi kejadian.

Bukan kematiannya sahaja yang dicemburui, tetapi amalan ketika hayatnya masih ada turut menyentuh hati orang ramai.

BACA LAGI: Bekas penyanyi rap, Jojo 'One Nation Emcees' meninggal dunia, rebah ketika berdakwah dalam masjid

BACA LAGI: [VIDEO] Tulisan 'help', 'trafico' dikesan dalam peta Google di LA undang tanda tanya

474927613_1020805746746838_2231509251138244661_n

Arwah Jojo (kiri) yang rajin melakukan amal ibadah selepas penghijrahannya. — Facebook/Aiman Hakim

Berdasarkan perkongsian pengguna akaun Facebook Aiman Hakim yang dipercayai saksi kejadian, arwah Jojo sempat menyebut ALLAH sebanyak tiga kali sebelum meninggal dunia.

"Masa baca doa, orang sebelahnya bagitahu dia (Jojo) memang sungguh-sungguh menangis dan sebelum rebah dia sebut 'ALLAH, ALLAH, ALLAH'.

"Dia rebah dan terus meninggal," kongsinya.

Dia pada masa sama mendedahkan amal ibadah yang sering dilakukan arwah Jojo sebelum kejadian.

"Bagaimana ALLAH nak angkat darjat hamba-Nya, dari tak pandai wuduk, tak pandai belajar solat, tak pandai belajar baca al-Quran, diajak buat maksiat tetapi menolak dengan taqwa dalam diri.

"Meninggal dalam masjid, lebih kurang lapan hingga 10,000 ulama dan pendakwah seluruh Malaysia, arwah meninggal dalam keadaan berdoa dan menangis kepada ALLAH.

"Seorang manusia yang istiqamah solat Dhuha 12 rakaat. Tahajud tak pernah tinggal. Al-Quran hari-hari. Dia pernah cerita dengan kawannya yang dia amalkan selawat 10,000 sehari," tambahnya.

Terdahulu, pemenang tempat kelima Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu meninggalkan dunia seni selepas mula menyertai tabligh sekitar 2020.

Kisah penghijrahannya juga mendapat liputan meluas apabila mendedahkan pernah bermimpi didatangi seorang individu yang wajahnya bercahaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram