[VIDEO] Tulisan 'help', 'trafico' dikesan dalam peta Google di LA undang tanda tanya


  • Benua
  • Isnin, 27 Jan 2025

Tangkap layar video memaparkan beberapa perkataan yang seakan meminta pertolongan di sekitar kawasan Los Angeles, AS.

TANDA amaran dan bantuan dilaporkan dikesan menerusi peta Google di sekitar kawasan stadium Dodgers, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Melalui video tular di media sosial sejak Isnin, tulisan seperti 'Help', 'LAPD', 'FBI' dan 'Trafico' menimbulkan seribu tanda tanya dan persoalan orang ramai.

Kebanyakan perkataan itu dibentuk dengan menggunakan cantuman paip dan besi di lokasi itu.

BACA LAGI: Lumpuh bukan halangan, perjuangan remaja di Syria tuntut ilmu jadi pembakar semangat komuniti OKU

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat rempuh motor, warga emas dirakam pandu kereta terhuyung-hayang sebelum terbabas di Melaka

Dalam peta tersebut juga menunjukkan beberapa lagi perkataan yang seolah-olah memberi pertanda bahawa terdapat kejadian atau bahaya berlaku di kawasan tersebut.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan dan panik terutama buat warga Los Angeles yang sebelum ini pernah berdepan dengan bencana alam.

Berdasarkan perkataan terbabit, rata-rata warga maya menggesa agar pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada ia rekaan atau tidak.

Hal ini kerana, ada yang membuat spekulasi dan andaian berkemungkinan berlakunya jenayah pemerdagangan manusia.

"Ini nampak seperti petanda untuk bantu, apa yang sedang berlaku di Los Angeles," komen @EndWokeness.

"Adakah ia pemerdagangan manusia?" soal @harmless_human.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa negara tersebut berhubung dakwaan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram