Petani bijak guna AI terjemah bentuk naga, kucing di sawah padi di Thailand


  • Hobi
  • Jumaat, 24 Jan 2025

Tanyapong, seorang petani dan artis Thailand menggunakan AI untuk merancang dan memperhalusi garis reka bentuk rekaan sebelum menanam benih padi.

BENTUK seekor naga merah, kucing dan anjing meliputi kawasan sawah padi Tanyapong Jaikham di utara Thailand.

Ia sebagai tanda penghormatan kepada tanaman padi susulan banjir yang menenggelamkan kawasan berhampiran pada September lalu.

Kejadian yang menyebabkan ribuan orang terkandas itu menjadi pendorong seorang artis dan juga petani, Tanyapong Jaikham untuk mengubah lebih dua hektar (lima ekar) tanah kepada imej menarik.

BACA LAGI: 'Nampak tegas', tonggak Penang-TFC-Selangor respons kedatangan Peter Cklamovski

BACA LAGI: Keazaman TMJ mudahkan saya sertai Harimau Malaya — Peter

Rekaan tersebut dibuat oleh Tanyapong dengan dibantu oleh pasukannya menggunakan AI untuk merancang dan memperhalusi garis reka bentuk.

Mereka turut menggunakan teknologi GPS untuk menandakan koordinat yang tepat bagi melaksanakan penanaman 20 kilogram biji benih padi dengan teliti.

Tanyapong yang memulakan gerak kerja pada Oktober, memilih naga dan dewa kucing bertelinga empat serta memiliki lima mata sebagai tanda sambutan Tahun Baharu Cina, dalam aktiviti penanaman padi.

3118534

Sebuah imej kucing dihasilkan Tanyapong dilihat dari pandangan udara di daerah Chiang Rai, utara Thailand, pada 16 Disember 2023.

Rekaan yang dipilih juga bagi memperingati peristiwa bagaimana penduduk setempat menunggu bantuan berikutan banjir Chiang Rai dan kawasan lain di utara negara Asia Tenggara.

"Kami menghasilkan bentuk naga untuk membuang semua aura negatif dan berharap krisis ini akan segera berlalu," kata Tanyapong kepada Reuters.

Sejak pelancaran seni padi itu pada Disember lalu, ribuan pengunjung termasuk pelajar, keluarga serta penduduk tempatan telah berkunjung ke sana mencari inspirasi, harapan dan renungan.

"Kami tidak dapat mencari rezeki langsung, semuanya ibarat laut,” ujar petani Tanet Mala sambil merenung tentang bencana banjir yang berlaku. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram