
REVOLUSI Harimau Malaya yang menyaksikan jurulatih kelahiran Australia, Peter Cklamovski sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan disambut baik oleh semua pihak termasuk para pemain Malaysia.
Antara yang sudah awal memberikan respons berhubung ketibaan Cklamovski sebagai pengendali Harimau Malaya ialah Safawi Rasid, Nooa Laine dan tonggak Penang FC, Syamer Kutty Abba.
Mereka yang rata-ratanya menyambut baik kedatangan jurulatih kelahiran Australia berkenaan dilihat teruja dengan kelibat bekas jurulatih Tokyo FC itu.
BACA LAGI: Keazaman TMJ mudahkan saya sertai Harimau Malaya — Peter
BACA LAGI: Wajah baharu Kongres FAM: Zainal Abidin fokus ‘ubi muda’, Dollah Salleh mahu balas kepercayaan
"Saya tengok dia (Cklamovski) punya karakter macam tegas lah,” kata Safawi ditemui pada majlis menandatangani perjanjian di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Puma Malaysia pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai harapanya untuk kem latihan Harimau Malaya, penyerang Terengganu FC (TFC) itu hanya mahu memberikan yang terbaik bersama kelabnya dan memberi sepenuhnya keputusan kepada Cklamovski.
Senada dengan Safawi, Syamer Kutty selaku salah satu tonggak tengah Harimau Malaya juga percaya bahawa revolusi baharu itu memerlukan pemain untuk memberi aksi terbaik di saingan liga.
“Jurulatih ada sasaran mereka. Kami sebagai pemain akan bertanggungjawab untuk memberi aksi terbaik di liga dan kami semua ingin tersenarai dalam call up,” jelasnya.
Sementara itu, Nooa yang kini beraksi bersama Selangor FC itu juga tidak menafikan bahawa Cklamovski merupakan individu boleh membantu Harimau Malaya kembali di landasan tepat.
“Ada perubahan besar yang akan berlaku. Saya rasa ia baik untuk bola sepak Malaysia dan pasukan nasional. Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada itu. Semoga saya dapat menjadi sebahagian daripada itu.
“Saya rasa jurulatih baharu adalah seseorang yang akan membantu kami mendapatkan keputusan yang lebih baik. Boleh mengubah pasukan kebangsaan untuk lebih berjaya di masa hadapan,” jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram