RAMAI yang masih tidak dapat menerima ketulusan tangisan seorang remaja wanita di Ohio, Amerika Syarikat nekad melanggar teman lelakinya sendiri hingga menyebabkan maut sekitar tiga tahun lepas.
Mackenzie Shirilla, 20, didapati bersalah selepas dia melanggar teman lelakinya, Dominic Russo, 20, dan seorang lagi remaja, Davion Flanagan, 19 dengan memandu selaju 160 km/j kereta jenis Toyota Camry merempuh sebuah dinding tempat kedua-dua mangsa berada.
Kejadian tersebut berlaku di Cleveland, Amerika Syarikat pada 2022 semasa Shirilla berusia 17 tahun.
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal lepas solat Zuhur, pelajar tahfiz Sulawesi rentung sambil peluk al-Quran
Bodycam footage shows a 17-year-old girl after she intentionally drove 100 mph into a wall to kill her boyfriend and his friend
“Could you please be careful taking this one off so it doesn’t break the bracelet,” Mackenzie Shirilla said
Ohio judge convicted 20-year-old Shirilla... pic.twitter.com/bWxneVuPrE
— Unlimited L's (@unlimited_ls) January 11, 2025
Usai melanggar kedua-dua mangsa, Shirilla kemudiannya dengan tenang pergi menghiburkan diri di sebuah konsert sambil berkerusi roda akibat daripada impak pelanggaran dilakukannya sendiri.
Dia kemudiannya ditangkap dan dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun akibat perbuatan tersebut. Shirilla berkemungkinan boleh dipenjarakan lebih daripada 15 tahun sekiranya tidak berkelakuan baik sepanjang menjalani hukuman.
Semasa perbicaraan, Hakim Mahkamah Rayuan, Nancy Margaret Russo menyifatkan tindakannya sebagai terkawal, disengajakan, dan bertujuan. Hakim itu turut berpendapat tindakan Shirilla sebagai pembunuhan dan bukannya pemanduan melulu.
Motif pelanggaran dikatakan Shirilla berada dalam hubungan yang tidak baik bersama Russo, lalu ia mendorong dia untuk bertindak sedemikian.
Shirilla yang hanya terdiam dan menangis ketika perbicaraan, berharap yang dia mampu membawa pergi semua kesakitan yang dialami keluarga mangsa akibat tindakannya.
"Saya harap satu hari nanti kalian dapat saksikan yang saya tidak akan benarkan perkara itu terjadi atau melakukannya dengan sengaja.
"Saya harap saya boleh ingat semula apa yang terjadi. Saya minta maaf, saya terlalu kecewa, saya harap saya boleh bawa pergi semua kesakitan yang dialami," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram