HAMAS meluluskan senarai 34 tawanan yang dikemukakan Israel untuk potensi pertukaran dalam perjanjian gencatan senjata, menurut seorang pegawai kumpulan pejuang Palestin itu.
Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dalam satu kenyataan rasmi, menyebut bahawa Hamas belum menyerahkan senarai tebusan sehingga saat ini.
Pegawai Hamas berkenaan, yang meminta namanya dirahsiakan berkata, pertukaran awal itu akan melibatkan semua wanita, kanak-kanak, warga emas dan tawanan sakit yang masih ditahan di Gaza.
BACA LAGI: [VIDEO] Pejuang Hizbullah balas dendam, lancar puluhan serangan roket ke utara Israel
BACA LAGI: Israel serang Beirut, ketua komander Hezbollah antara terkorban
Hundreds gathered in Tel Aviv, Israel, to continue protests demanding a ceasefire and a hostage swap agreement in Gaza pic.twitter.com/Xd6RELX9cU
— Anadolu English (@anadoluagency) January 5, 2025
Tegasnya, sebarang perjanjian bergantung kepada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
“Hamas bersetuju untuk membebaskan 34 tawanan, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
“Namun kami memerlukan tempoh bertenang selama seminggu untuk mengenal pasti keadaan semasa tawanan," katanya.
Sementara itu usaha pihak perantara dari Amerika Syarikat (AS) dan negara Arab untuk mencapai perjanjian juga semakin dipertingkatkan.
Namun ketika usaha itu sedang dilakukan, Israel terus membedil Gaza hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin terkorban dalam tiga serangan berasingan, menjadikan jumlah korban hujung minggu kepada 102 orang, menurut petugas perubatan Palestin.
Tentera Israel berkata, mereka menyerang lebih daripada 100 sasaran di Gaza sepanjang hujung minggu, membunuh berpuluh-puluh pejuang Hamas.
Tentera itu juga memberitahu bahawa mereka telah memusnahkan tapak pelancar roket yang digunakan untuk menyerang Israel dalam beberapa hari terakhir.
Di tengah-tengah rundingan yang semakin mendesak, satu usaha baharu dilancarkan untuk mencapai kesepakatan sebelum Presiden AS yang bakal dilantik, Donald Trump, mengangkat sumpah pada 20 Januari ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram