SEORANG komander kanan tentera Israel terbunuh dalam satu operasi di Utara Gaza pada Ahad selepas kereta kebal dinaikinya dipercayai terkena bahan letupan yang dipasang oleh pejuang Hamas.
Tentera Israel mengesahkan kejadian tersebut.
Kolonel Ahsan Daksa Daqsa, 41, yang mengetuai Briged Berperisa 401 terbunuh semasa satu operasi ketenteraan di kem pelarian Jabalia.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Media Israel menyatakan Daqsa merupakan antara pegawai tentera paling kanan rejim berkenaan yang terbunuh sejak tercetusnya perang Gaza kira-kira lebih setahun lalu.
Dalam pada itu, Haaretz melaporkan Daqsa dianggap sebagai komander medan perang yang terkenal dan dihormati dalam tentera Israel.
Tangkap layar rakaman dipercayai memaparkan detik-detik kereta kebal dinaiki Daqsa memasuki perangkap samar sebelum diletupkan.
Ketika Perang Lubnan pada 2006, Daqsa mengetuai pasukan perisai di bawah Briged Paratroopers.
Sementara itu, turut tular video memaparkan operasi dijalankan pejuang Palestin, Hamas yang memasang perangkap samar bahan letupan terhadap kereta kebal dipercayai dinaiki Daqsa.
Malah, klip tersebut turut memaparkan detik-detik kereta kebal terbabit melalui lokasi berkenaan sebelum ia diletupkan.
Pada masa sama, bahan letupan berkenaan dikatakan dikitar semula dan diperbuat daripada bom Israel sendiri yang gagal untuk diletupkan di Gaza. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram