Malaysia terlibat usahakan draf resolusi pertimbang penyingkiran Israel anggotai PBB — PM Anwar


  • Primer
  • Isnin, 04 Nov 2024

Anwar berkata, draf resolusi itu juga akan mendapatkan nasihat daripada ICJ.

MALAYSIA merupakan sebahagian daripada kumpulan teras negara sedang mengusahakan draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan konflik Israel-Palestin yang antara lain melihat kemungkinan mengeluarkan keahlian Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, draf resolusi itu juga akan mendapatkan nasihat daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kehadiran dan aktiviti agensi antarabangsa dan agensi PBB di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).

“Menteri Luar telah membawa isu ini dalam mesyuarat. Draf resolusi itu dalam proses rundingan dan kita akan kaji sama ada Israel boleh disingkirkan sebagai anggota PBB jika ada perlanggaran undang-undang,” katanya semasa penjelasan menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak tahan kepala bertubi-tubi dibaling botol kaca, perompak Sepanyol akhirnya ambil langkah seribu

BACA LAGI: [VIDEO] Lima maut, 22 cedera pengganas serang kemudahan Turkish Aerospace Industries

Susulan larangan kerajaan Israel terhadap operasi bantuan kemanusiaan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur(UNRWA), Anwar berkata, Malaysia akan mencadangkan agar sokongan penuh diberikan kepada badan itu untuk terus memberi bantuan kepada rakyat Palestin. .

UNRWA menyokong pelarian Palestin dengan bantuan kemanusiaan di Gaza, Tebing Barat yang diduduki dan Baitulmaqdis Timur, serta negara sekitarnya.

Pada 28 Oktober lalu, Parlimen Israel atau Knesset meluluskan rang undang-undang untuk melarang UNRWA beroperasi di kawasan dilanda konflik terbabit.

(FILES) People walk past the damaged Gaza City headquarters of the United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees (UNRWA) on February 15, 2024, amid ongoing battles between Israel and the militant group Hamas. Israel faced a mounting international backlash on October 29 after its parliament approved a bill banning the main UN aid agency for the devastated Gaza Strip. Despite objections from the United States and warnings from the UN Security Council, Israeli lawmakers overwhelmingly passed the bill banning the United Nations agency for Palestinian refugees, UNRWA, from working in Israel and annexed east Jerusalem. (Photo by AFP)

Parlimen Israel atau Knesset baru-baru ini meluluskan rang undang-undang untuk melarang UNRWA beroperasi di kawasan dilanda konflik terbabit. — Agensi

Cadangan itu, kata Anwar akan dibuat pada sidang kemuncak Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi pada 11 November yang akan turut dihadirinya.

“Malaysia berhasrat menggunakan pertemuan ini untuk mendapatkan sokongan daripada negara Arab dan Islam atas inisiatif ini dan untuk menghalang pelaksanaan keputusan 28 Oktober Parlimen Israel untuk menghapuskan UNRWA dan memburukkan lagi situasi kemanusiaan di utara Gaza yang dilanda kebuluran kerana keputusan bantuan asas," katanya.

Pada sidang kemuncak itu, Anwar berkata, beliau akan membawa mandat daripada parlimen dan rakyat Malaysia untuk menghentikan keganasan dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin, pendudukan dan pemusnahan rumah ibadat di OPT, serangan terbuka di Lubnan dan Iran serta pembunuhan pemimpin kumpulan pejuang seperti Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar.

Beliau berkata, persidangan itu juga akan digunakan sebagai platform menyokong usaha pengantaraan gencatan senjata yang dimulakan Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar.

“Penyertaan Malaysia sebagai ahli Perikatan Global juga merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan tekanan diplomatik terhadap Israel untuk melaksanakan gencatan senjata kekal di Gaza, mendesak pembebasan tahanan Palestin dan penerusan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata, pelan tindakan dan langkah konkrit untuk kemerdekaan Palestin juga akan dibincangkan dalam jangka masa munasabah. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM/ALLISON LAI/BENJAMIN LEE