KONFLIK peperangan Israel-Palestin kini semakin membimbangkan ekoran campur tangan pejuang Islam, Hizbullah dari Lubnan baru-baru ini.
Terbaharu, kumpulan sekutu Hamas dari Lubnan itu melancarkan serangan roket ke arah pangkalan utama pertahanan udara dan peluru berpandu utara Israel.
Bedilan roket itu merupakan tindak balas kepada serangan Zionis yang sebelum ini mensasarkan bandar Nabatiyeh dan kampung Sohmor, Lubnan yang telah menyebabkan kematian penduduk di kawasan tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Serangan roket Hizbullah cetus kebakaran, merebak ke seluruh utara Israel
BACA LAGI: Tentera Israel akui sukar hapus Hamas, berbalah pendapat dengan Netanyahu
Tentera Hizbullah dalam kenyataannya berkata, empat pejuangnya seorang dari Sohmor di timur Lubnan telah terbunuh akibat serangan dron Israel.
TERKINI
HIZBULLAH MELANCARKAN SERANGAN PALING DAHSYAT
Penjajah Zionis memanggil "oh momma" ketika Hizbullah melancarkan roket ke arah utara Israel, Safed pic.twitter.com/upXBpBVtFA
— MYNEWSHUB (@mynewshub) June 28, 2024
Dalam pada itu, tentera Israel mengesahkan kira-kira 35 bedilan roket telah dilancarkan kumpulan pejuang Islam tersebut.
"Pertahanan udara Israel berjaya memintas serangan roket itu dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya.
Tambahnya, dua serangan UAV dron yang mensasarkan Utara Israel juga berjaya dipintas dan tiada kecederaan berlaku.
Laporan media rasmi Lubnan mengesahkan serangan Zionis di beberapa kawasan selatan Lubnan pada Khamis dan berkata bahawa, serangan di Nabatiyeh telah mencederakan lebih 20 orang apabila sebuah bangunan dua tingkat menjadi sasaran.
Kementerian Luar Perancis turut meluahkan kebimbangan susulan pertempuran itu selain turut menyeru semua pihak bertenang dan tidak mencetuskan konflik yang lebih besar.
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata, dia enggan berperang di Lubnan tetapi sedia untuk menempuhnya jika jalan diplomasi menemukan kegagalan.
Untuk rekod, serangan keganasan itu telah membunuh lebih 485 orang di Lubnan dengan kebanyakannya merupakan pejuang Islam selain 94 orang awam. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram