Yahya Sinwar disyaki terkorban, tentera Israel buat ujian DNA siasat status kematian


  • Benua
  • Khamis, 17 Okt 2024

Yahya dinamakan sebagai ketua politik Hamas berikutan pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran pada Ogos lalu.

TENTERA Israel pada Khamis memaklumkan sedang menyiasat kemungkinan bahawa mereka telah membunuh pemimpin Hamas Yahya Sinwar di dalam satu operasi dijalankan di Semenanjung Gaza yang dilapor telah menyasarkan tiga anggota kumpulan pejuang tersebut.

"Pada peringkat ini, identiti (yang terbunuh) tidak dapat disahkan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut tentera Israel, mereka tidak menemui tanda-tanda kehadiran tebusan di bangunan terbabit yang menyaksikan tiga anggota kumpulan pejuang Hamas terbunuh.

BACA LAGI: Harry Styles buat perangai tak senonoh, minum air guna kasut masa konsert

BACA LAGI: Harry Styles rakam album ketiga senyap-senyap

Dalam pada itu, The New York Times yang memetik sumber daripada empat pegawai Israel berkata, pihak tentera sedang membawa mayat pejuang yang terkorban dalam operasi itu ke makmal di Israel untuk membuat ujian penilaian DNA.

Difahamkan, ujian cap jari juga dibuat untuk mengesahkan identiti mangsa yang terkorban.

Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa Menteri kabinet keselamatan Israel telah dimaklumkan bahawa Sinwar berkemungkinan besar terkorban dalam operasi terbabit.

Yahya dinamakan sebagai ketua politik Hamas berikutan pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran pada Ogos lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram