Israel serang Beirut, ketua komander Hezbollah antara terkorban


  • Benua
  • Rabu, 31 Jul 2024

Satu serangan roket dilancarkan tentera Zionis dilaporkan berlaku di Beirut, Lubnan pada Selasa. — Agensi

SATU serangan roket dilancarkan rejim Israel ke Beirut, Lubnan didakwa telah mengorbankan pemimpin tertinggi tentera Hizbullah, Fuad Shukr pada Selasa.

Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi dilaporkan cedera parah dalam serangan di Dahiyeh yang juga merupakan kubu kuat kumpulan bersenjata Lubnan.

Difahamkan, Fuad Shukr menjadi sasaran kumpulan perisikan jet pejuang Zionis ekoran dakwaan beliau merupakan individu bertanggungjawab atas serangan roket ke atas Bukit Golan yang diduduki Israel pada Sabtu lalu.

BACA LAGI: Yemen diserang, pelabuhan penting jadi sasaran

BACA LAGI: [VIDEO] Pejuang Hizbullah balas dendam, lancar puluhan serangan roket ke utara Israel

Namun, Hizbullah telah menafikan sebarang penglibatan dalam serangan tersebut.

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

im-986046

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati mengutuk serangan Israel yang disifatkan sebagai pencerobohan secara terang-terangan.

Jelasnya, ia merupakan tindakan jenayah serta pembunuhan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Tentera Zionis dalam pada sama menerusi catatan ringkas di media sosial berkata, Hizbullah telah melintasi 'garisan merah'.

Namun, setakat ini masih belum ada sebarang bukti jelas mengatakan Fuad Shukr terbunuh dalam serangan itu.

Berdasarkan pertubuhan keselamatan di Beirut, pihaknya berkata, serangan serangan itu bukan disasarkan ke arah bangunan tersebut dan Hizbullah masih belum membuat kenyataan berhubung hal terbabit.

Susulan serangan itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden percaya perang antara Israel dan Hizbullah boleh dielakkan.

"Kami tidak mahu melihat peningkatan angka kematian dan perang ini berterusan," katanya.

Untuk rekod, lebih 12 orang dilaporkan terbunuh dengan kebanyakannya merupakan kanak-kanak dalam letupan bom yang tercetus di Majdal Shams pada Sabtu lalu.

Israel menuduh Hizbullah atas kejadian tersebut namun, kumpulan itu namun pejuang Islam dari Lubnan itu menafikan sebarang penglibatan pihaknya.

Ia merupakan insiden maut paling buruk berlaku berhampiran sempadan Israel-Lubnan sejak Perang Gaza di Palestin tercetus pada Oktober lalu.

Pada Selasa, Setiausaha Luar United Kingdom (UK) memberitahu rakyatnya di Lubnan supaya beredar segera atau berisiko terperangkap dalam zon perang.

David Lammy telah tiba di Qatar bersama-sama dengan Setiausaha Pertahanan, John Healey bagi memacu usaha ke hadapan untuk menamatkan konflik di Gaza.

"Peningkatan dan ketidakstabilan bukan kepentingan sesiapa, adalah satu kepentingan untuk melibatkan diri dengan rakan kongsi seperti Qatar yang memainkan peranan penting dalam pengantaraan konflik di Gaza, supaya kita boleh membawa perang yang dahsyat ini ke penghujungnya," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram