Penerbangan Jeju Air ke Jeju sekali lagi hadapi masalah gear pendaratan sehari lepas nahas di Muan


  • Benua
  • Isnin, 30 Dis 2024

Model pesawat dalam penerbangan kedua itu adalah sama dengan yang terlibat dalam nahas pada Ahad. — Agensi

PENERBANGAN kedua Jeju Air dari Seoul ke pulau Jeju, Korea Selatan pada Isnin terpaksa berpatah balik selepas didapati mempunyai masalah gear pendaratan.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa Boeing 737-800 itu adalah model sama dengan pesawat Jeju Air yang terhempas dan mengorbankan seramai 179 orang pada Ahad lalu.

Katanya, penerbangan Jeju Air 7C101 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Seoul ke pulau Jeju sekitar 6.37 pagi terpaksa kembali ke Gimpo pada 7.25 pagi selepas isu gear pendaratan dikesan sejurus ketika baru berlepas.

BACA LAGI: [VIDEO] Kru terselamat nahas Jeju Air bingung, langsung tak ingat pesawat terhempas

BACA LAGI: [VIDEO] Wisma Putra tunggu maklumat rasmi jika ada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat di Korea Selatan

3092487

Nahas yang menyebabkan kehilangan 179 nyawa itu meninggalkan kesan mendalam terhadap industri penerbangan di Korea Selatan. — Agensi

Ketua Pejabat Sokongan Pengurusan Jeju Air, Song Kyung Hoon berkata, isyarat menunjukkan isu gear pendaratan dikesan pada sistem pemantauan pesawat ketika itu.

"Pada 6.57 pagi, kapten berkomunikasi dengan kawalan darat dan selepas mengambil langkah tambahan, gear pendaratan kembali beroperasi seperti biasa.

"Bagaimanapun, keputusan dibuat untuk kembali ke lapangan terbang untuk pemeriksaan menyeluruh pesawat itu," katanya.

Pada masa sama, seramai 21 penumpang dilaporkan memilih untuk tidak menaiki penerbangan alternatif ke Jeju kerana bimbang akan keselamatan dan atas faktor-faktor lain.

Menurutnya, pihak syarikat akan menjalankan pemeriksaan khas ke atas semua 101 pesawat Boeing 737-800 yang beroperasi di negara itu.

Terdahulu, nahas pesawat Jeju Air di Seoul, Korea Selatan menyaksikan seramai 179 individu maut selepas kapal terbang domestik itu terhempas akibat masalah dialami ketika mahu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan.

Bagaimanapun, dua daripada mereka yang berada di dalam pesawat bernasib baik apabila terselamat dengan kedua-duanya adalah kru penerbangan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Mokpo Hankook, Korea Selatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram