[VIDEO] 'Dengar macam zikir', ramai keliru, minta JAWI perjelas aksi 'aneh' sekumpulan baju putih di kubur Danau Kota


  • Massa
  • Ahad, 29 Dis 2024

Tangkap layar video memaparkan sekumpulan individu berbaju putih yang didakwa melakukan aksi mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota.

SATU aktiviti mencurigakan melibatkan sekumpulan individu berbaju putih di tanah perkuburan di Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi video tular di media sosial sejak Ahad, aktiviti tersebut sempat dirakam dan dimuat naik pengguna Facebook Rizuwan Rosly.

Menurut pemilik video tersebut, kesemua individu yang mengelilingi sebuah kubur dilihat seperti berzikir pada awalnya.

BACA LAGI: [VIDEO] 28 maut nahas pesawat Jeju Air dari Bangkok terhempas di Korea Selatan

BACA LAGI: Nahas pesawat Azerbaijan: Putin mohon maaf, sistem pertahanan udara Rusia tindak balas serangan dron Ukraine

Namun, semakin lama melihat perkara itu membuatkannya berasa aneh dan mendakwa kumpulan terbabit kelihatan seolah-olah sedang melakukan ritual pemujaan.

"Aku ingatkan zikir. Tapi lama-lama dengar macam memujalah pula. Ini kubur dekat Danau Kota," tulisnya.

Video itu secara tidak langsung menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi orang ramai terhadap ajaran sesat.

"Kalau nak zikir, tapi tak adalah sampai begitu sekali. Selalu orang di kubur baca yasin. Berzikir pun boleh di mana- mana cuma nampak pelik," komen Mizatul Shahada.

"Adakah ini benar atau sekadar lakonan untuk memprovokasi," soal Faizin Shamsudin.

Susulan itu, ramai yang menggesa pihak berkuasa dan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk melakukan siasatan dan memberi penjelasan terperinci.

Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan kepada masyarakat serta membersihkan imej agama Islam.

Pemilik video itu juga mendakwa bahawa satu laporan polis sudah dilakukan dan akan dibawa ke pihak JAWI.

Dalam pada itu, Polis Daerah Wangsa Maju mengesahkan menerima satu laporan berhubung video tular sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail dalam satu kenyataan berkata, laporan diterima daripada orang awam manakala kes dirujuk ke JAWI untuk siasatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram