SEBUAH lori membawa muatan batu-batuan mengundur secara tiba-tiba akibat tindakan pemandu yang tidak menarik brek tangan dengan sempurna sebelum kenderaan terbabit merempuh tiang dan pagar premis Syarikat Air Selangor.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, lori berkenaan telah bergerak secara mengundur tanpa pemandu di Jalan Bukit Pantai, berhadapan dengan Syarikat Air Selangor di Bangsar, Kuala Lumpur pada Sabtu sekitar 4.20 petang.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu berusia 64 tahun meletak kenderaan itu di tepi jalan dalam keadaan enjin masih hidup.
"Pemandu berusia 64 tahun telah parkir lori muatan batu di hadapan pondok pengawal TNB Bangsar untuk bertanyakan tempat menurunkan batu-batuan.
"Lori itu tiba-tiba telah mengundur secara sendiri sebelum melanggar lalu lintas dan kemudiannya merempuh tiang dan pintu pagar Syarikat Air Selangor, kata Zamzuri.
Kejadian didakwa berpunca daripada pemandu yang tidak menarik brek tangan dengan sempurna dan keadaan jalan yang cerun.
Menurut Zamzuri, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan perlanggaran tersebut tidak melibatkan kenderaan lain.
Video kejadian yang tular di media sosial.
Semua pemandu dinasihatkan untuk memeriksa kenderaan masing-masing dengan sepenuhnya sebelum meninggalkan kenderaan bagi mengelak kemalangan seumpama berlaku lagi.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi talian hotline balai polis trafik di talian 03-20260267/69 atau talian hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram