TINDAKAN seorang lelaki dipercayai mencuri sepasang kasut milik mangsa kemalangan mendatangkan kemarahan dalam kalangan warga maya.
Insiden dipercayai berlaku di Colombia pada 12 Oktober lalu itu turut dirakam individu yang berada di lokasi kejadian sebelum mula tular di media sosial sejak Jumaat.
Rakaman berdurasi 26 saat tersebut memaparkan tingkah laku lelaki berkenaan yang cuba membuka kedua-dua kasut dipakai oleh seorang individu yang terbaring di atas pengusung (stretcher).
BACA LAGI: Uniknya trend beli barang 'bundle', bukan setakat kawal nafsu, elak membazir
BACA LAGI: Bukan tiru stail semata-mata, dunia rock bantu pemuda OKU asal Taiping faham erti hidup sebenar
Difahamkan, individu yang terbaring itu merupakan mangsa yang baru sahaja terbabit dengan kemalangan melibatkan sebuah bas.
Selepas berjaya mengambil kasut berkenaan, lelaki berbaju warna ungu dan bertopi tersebut bergegas meninggalkan kawasan itu.
Kejadian itu turut disaksikan orang ramai dan beberapa anggota polis, namun masing-masing dilihat tidak mengambil sebarang tindakan ke atas lelaki tersebut.
Tingkah laku lelaki tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warga maya dengan rata-ratanya mempersoalkan respons orang awam dan penguatkuasa yang seolah-olah membiarkan lelaki itu bertindak sedemikian.
"Polis itu takut dengan pencuri ke? Kenapa dibiarkan saja dia lari (sedangkan) nampak semuanya depan mata," ujar Bruno.
"Semua yang berdiri di situ sama kejam dengan yang mencuri, membiarkan sahaja tanpa berbuat apa-apa," tulis Anibal Arcila.
Bagaimanapun setakat berita ini ditulis, status lelaki itu masih belum dapat dikenal pasti sama ada sudah dicekup ataupun tidak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram