
KEADAAN kawasan jalan yang terlalu gelap dan tidak rata menyebabkan seorang penunggang motosikal bersama pemboncengnya terjatuh di Jalan Kubang Ikan, Kuala Terengganu, Terengganu pada Rabu.
Menerusi video papan pemuka (dashcam) dimuat naik di Facebook Pok Lan Ahmad Bazlan pada Khamis, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di bahu jalan.
"Dalam pemerhatian saya, puncanya adalah bila motorsikal itu lalu di kawasan lopak air di tepi jalan raya. Tayar tak cengkam jalan sangat.
"Selepas kejadian ini, pihak berwajib sudah pun maklum kepada Jabatan Kerja Raya (JKR)," tulisnya.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Aku mesti lawan', peguam terkenal tampil pertahankan waris arwah Muhammad Adham
Dalam video sama, kelihatan beberapa pengguna jalan raya lain bergegas membantu kedua-dua mangsa yang terduduk di atas jalan raya itu.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan selepas kejadian setakat ini.
Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak JKR berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram