Bukan tiru stail semata-mata, dunia rock bantu pemuda OKU asal Taiping faham erti hidup sebenar


  • Massa
  • Isnin, 30 Sep 2024

Dunia rock menjadi pilihan Mohammad Danish (topi hitam) untuk terus bersemangat dalam setiap perkara yang dilakukan.

MEMILIH dunia rock sebagai jalur hidup, Mohammad Danish Khairul Anuar, 27, menemukan kebebasan dan cara untuk mengekspresikan dirinya yang luar biasa.

Jika dilihat daripada gaya penampilannya, pasti ramai tidak menyangka bahawa Mohammad Danish tergolong dalam kategori orang kelainan upaya (OKU).

Mempunyai personaliti menarik, pemuda berusia 27 tahun itu tidak malu menonjolkan dirinya dengan gaya rock seperti ketika era 90-an.

BACA LAGI: Harumkan nama Johor, Khairunnisaa teladan terbaik kuasai bahasa Inggeris hasil didikan ibu bapa, amal sikap ulat buku

BACA LAGI: Komited beri akses pendidikan, kerajaan bakal laksana program intervensi mapan atasi masalah keciciran pelajar

6323182533029773657

Mohammad Danish (kanan) dengan gaya rock ala-ala era 90-an.

Berkongsi lanjut, anak kelahiran Taiping, Perak itu mula aktif melibatkan diri dengan kominiti rocker khususnya rock kapak sejak 2022 ketika fasa pandemik wabak Covid-19.

“Saya memang suka menggayakan ala-ala vintage terutamanya ketika pergi konsert rock.

“Saya pun ada sertai kumpulan komuniti rocker untuk buat aktiviti sama-sama.

“Lebih istimewanya komuniti ini adalah dapat mengukuhkan ukhwah di samping berhibur dengan minat yang sama,” katanya kepada Majoriti.

Bagi anak kedua daripada empat beradik itu, minatnya terhadap rock bukan sahaja pada lagu atau penyanyinya, malah ia meliputi cara pembawakan diri seorang rocker bersama komuniti.

6323182533029773652

Kumpulan komuniti yang digelar 'Rockers Utara' sentiasa memeriahkan majlis atau konsert rock.

Mengambil inspirasi daripada vokalis kumpulan XPDC, Allayarham Mael atau nama sebenar Syed Ismail Syed Ibrahim, Mohammad Danish sentiasa membawa semangat rock itu dalam setiap perkara yang dilakukan setiap hari.

“Mungkin, ramai orang tak tahu rock bukan semata-mata menyanyi, mereka juga mempunyai karakter tersendiri.

“Walaupun orang lain nampak gaya pakaian rocker yang menonjol dengan rambut panjang, bersolek dan berwajah ganas, tetapi mereka sangat kerap berdakwah.

“Perkataan rock itu sendiri ada maksud tersirat iaitu ‘ramai (r) orang (o) cari (c) kebenaran (k)’ yang bererti menuju ke jalan yang benar sebagai umat Islam,” katanya.

6323182533029773650

Mohammad Danish (kiri) bersama seorang daripada idola rockernya, Bandi Amuk (kanan).

Menurutnya, ia juga banyak mengajarnya tentang sisi berbeza tentang dunia rock selepas mendengar kisah otai-otai yang pernah dikenalinya.

Kagum dengan keperibadian mereka, Mohammad Danish mengambil pendekatan untuk mengaplikasikannya dalam rutin seharian.

“Apa yang saya suka adalah perjalanan hidup mereka sebab kebanyakannya memang tak akan lupa untuk ke arah kebaikan.

“Contohnya macam ada sesetengah penyanyi rock Malaysia yang jadi tabligh seperti Datuk Nashrudin Elias, vokalis XPDC, Mohd Ali Ismail dan banyak lagi.

“Walaupun mereka gila-gila, tapi akan ada satu masa nanti mereka berubah nak ke arah ketuhanan,” jelasnya.

Ia secara tidak langsung dapat menyuntik semangat dalam dirinya yang mungkin dilihat serba kekurangan dari pandangan kasarnya.

6323182533029773653

Menyelami dunia rock tidak menghalangnya untuk menghargai nikmat hidup meskipun dilabel OKU.

Tidak melihat OKU sebagai alasan, Mohammad Danish mahu menjadikan kisah itu sebagai inspirasi kepada individu lain yang senasib dengannya agar dapat menjalani kehidupan dengan gembira.

Meskipun dilahirkan dengan kelainan fizikal terutamanya di kaki dan terpaksa menggunakan alat bantuan untuk berjalan, dia tidak pernah menganggap ia sebagai penghalang.

“Jsuteru, untuk mereka yang sama seperti saya, atau OKU akibat kemalangan tak perlu rasa lemah dan teruskan minat anda.

“Jangan takut untuk tonjolkan diri walaupun minat kita berbeza,” sarannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram