[VIDEO] Sempat VC dengan anak kesayangan sebelum kereta terjunam ke tebing sungai di China


  • Benua
  • Khamis, 12 Dis 2024

Tangkap layar memaparkan kejadian seorang pemandu di China dipercayai lemas selepas keretanya terjunam ke dalam sungai.

TULAR satu video memaparkan kejadian seorang pemandu dipercayai lemas selepas kenderaan dinaikinya terjunam ke dalam tebing sungai.

Insiden yang dipercayai berlaku di China itu dirakam kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) kereta berkenaan dan dikongsikan di media sosial baru-baru ini.

Memetik laporan media sebuah portal antarabangsa, lelaki tersebut difahamkan sedang membuat panggilan video bersama anak kesayangannya ketika kemalangan itu berlaku.

BACA LAGI: [VIDEO] Jasad pelajar tingkatan 4 lemas di Sungai Neram ditemukan tersangkut pada ranting kayu

BACA LAGI: [VIDEO] Disyaki alami gangguan mental, pegawai polis tergamak pukul kepala ibu kandung guna tong gas 3 kali hingga mati di Bogor

Rakaman itu menunjukkan pemandu tersebut dipercayai cuba mengelak kenderaan lain yang menghalang laluannya sebelum keretanya terjatuh ke dalam sungai dan tenggelam perlahan-lahan.

Dia dilihat cuba menyelamatkan diri dengan cuba keluar melalui pintu, namun tekanan air tidak membenarkan pintu itu terbuka.

Bagaimanapun, status sebenar lelaki berkenaan masih belum dapat dipastikan sehingga kini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram