[VIDEO] Pemandu Honda rentung kenderaan terbabas langgar tiang MRT di Lebuhraya Persekutuan


  • 112
  • Khamis, 12 Dis 2024

Pemandu kereta rentung seluruh badan selepas kenderaan dipandu terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis. 

PEMANDU kereta rentung seluruh badan selepas kenderaan dipandu terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar pukul 7.24 pagi.

M Hussin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang berlaku pada pukul 6.20 pagi.

BACA LAGI: Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara

BACA LAGI: [VIDEO] 'Berlarilah dengan senyuman', sakit kanser tahap 4 tidak halang Cikgu E sertai maraton, syukur miliki anak isteri penguat semangat

Difahamkan, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar tiang Mass Rapid Transit (MRT) dan terbakar.

"Mangsa iaitu pemandu kereta berkenaan terbakar seluruh badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

"Bagaimanapun, maklumat mangsa masih belum dapat dikenali pasti sehingga kini dan mayatnya dibawa ke Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya lagi, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

M Hussin menggesa individu yang mempunyai rakaman papan pemuka membabitkan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

"Mereka yang mempunyai maklumat itu diminta tampil ke Balai Polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram