[VIDEO] Peninju dunia kena kejar, ditumbuk gara-gara silap sokongan


  • Benua
  • Rabu, 11 Dis 2024

Tangkap layar video memaparkan situasi tegang yang berlaku antara Floyd Mayweather (baju hijau) dengan kira-kira 10 individu di London, UK baru-baru ini.

LEGENDA peninju dunia, Floyd Mayweather berdepan detik cemas apabila diserang beramai-ramai ketika membeli-belah di Hatton Garden, London, United Kingdom (UK) pada baru-baru ini.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku berpunca daripada tindakannya yang dilihat menyokong Israel.

Menerusi video tular di media sosial sejak Rabu, Floyd yang berpakaian jaket berjenama hijau ketika itu dikejar dan ditumbuk beberapa individu meraih perhatian ramai.

BACA LAGI: Bekerja sambil melancong, pemandu bas persiaran di Sabah 'enjoy' kerja walaupun terpaksa tinggalkan keluarga

BACA LAGI: Ibu bapa bayi didakwa banyak 'pusing', Hospital Bersalin Razif perjelas isu 2 minggu 'tahan' jenazah beku

Menerusi video sama, kelihatan juga situasi tegang berlaku apabila kira-kira 10 individu cuba mendekati Floyd dengan menyerang sambil memarahinya.

Pasukan keselamatan peribadinya kemudian cuba menghalang pergaduhan tersebut dengan menarik Floyd ke dalam keretanya dan berlalu pergi.

Menurut sumber terdekat, Floyd tidak dicederakan secara fizikal semasa pergaduhan itu.

Serangan itu juga dikatakan berlaku beberapa hari selepas peninju berkenaan mengumumkan 'inisiatif Mayweather Israel' yang bertujuan untuk menyokong kanak-kanak di Israel.

Sokongan teguhnya terhadap Israel itu secara tidak langsung menjadi pertikaian terutamanya berikutan lawatannya ke lokasi tersebut serta pertemuan awam dengan pegawai Israel, termasuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sejarah Floyd menyokong Israel termasuk menganjurkan acara untuk tentera Angkatan Pertahanan Israel dan mengecam serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Meskipun pertengkaran itu tidak lama, ia menimbulkan ketegangan yang semakin meningkat di sekeliling pendirian pro-Israel di tengah-tengah konflik antarabangsa.

Legenda tinju yang bersara tanpa kalah pada 2017 itu juga terus terlibat dalam pelbagai perlawanan dan menjalankan perniagaan, daripada hartanah sehingga ke pusat senaman.

Di sebalik kejadian itu, Floyd juga tetap dengan pendiriannya dan menyatakan bahawa dia berdiri teguh dengan sokongannya terhadap Israel. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram