Tentera Iran, Rusia mula tinggalkan Syria, Bashar Al-Assad terpaksa bertahan di Damsyik


  • Benua
  • Ahad, 08 Dis 2024

Kumpulan pemberontak kini dilaporkan sudah memasuki ibu kota Damsyik pada awal pagi Ahad. — Agensi

PEMBERONTAK Syria mendakwa kumpulan itu telah memasuki Damsyik pada awal pagi Ahad dengan penduduk di ibu kota itu melaporkan mendengar bunyi tembakan dan letupan.

Kerajaan Syria masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Menurut laporan AP, radio pro-kerajaan, Sham FM melaporkan bahawa lapangan terbang Damsyik sudah dikosongkan dan semua penerbangan dihentikan.

BACA LAGI: [VIDEO] Gempa bumi Syria: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan

BACA LAGI: Warga emas maut ditikam guna gunting, suspek dipercayai ada masalah mental

Pemberontak juga mengumumkan mereka telah memasuki penjara tentera Saydnaya yang terkenal di Utara ibu negara dan "membebaskan tahanan" dipercayai anggota mereka.

Pada malam Sabtu, tentera pemberontak berjaya menawan pusat bandar Homs, bandar ketiga terbesar di Syria, dengan tentera kerajaan dilaporkan sydag melarikan diri.

Kehilangan Homs memberi tamparan hebat yang berpotensi melumpuhkan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Dalam pada itu, Reuters melaporkan, beberapa diplomat asing berkata, kerajaan Syria kini berada di ambang kejatuhan.

Seorang pegawai AS menjangka tempoh masa lima hingga 10 hari, manakala seorang lagi berkata, Bashar al-Assad berkemungkinan ditumbangkan pada minggu akan depan.

Bandar Homs terletak di persimpangan penting antara Damsyik, ibu negara, dan wilayah pantai Syria, Latakia dan Tartus yang merupakan pangkalan sokongan pemimpin Syria dan markas kepada pangkalan tentera laut strategik Rusia.

6244334325113931578

Keadaan di bandar Homs sejurus selepas ia ditawan oleh HTS. — Agensi

Sham FM melaporkan bahawa tentera kerajaan mengambil kedudukan di luar Homs. Bagaimanapun, ia tidak memberikan ulasan lanjut .

Rami Abdurrahman yang mengetuai Syrian Observatory for Human Rights berpangkalan di Britain berkata, tentera Syria dan anggota beberapa agensi keselamatan berbeza sudah berundur dari bandar itu, sambil menambah bahawa pemberontak sudah memasuki sebahagian daripadanya.

Kumpulan pemberontak pada Sabtu mengumumkan ia telah mengambil alih Homs.

Penawanan bandar itu merupakan kemenangan besar bagi pemberontak, yang telah merampas bandar Aleppo dan Hama, serta sebahagian besar bahagian Selatan, dalam serangan kilat yang bermula oada 27 November.

Sementara itu, Reuters dalam laporan berasingan yang memetik dua pegawai kanan tentera melaporkan Bashar al-Assad sudah terbang meninggalkan Damsyik ke destinasi yang tidak diketahui pada Ahad.

Pemberontak dikesan bergerak di sekitar Damsyik selepas tentera Syria dilaporkan berundur dari sebahagian besar bahagian selatan negara itu, meninggalkan lebih banyak kawasan, termasuk beberapa ibu wilayah, di bawah kawalan kumpulan tersebut.

Sekiranya Damsyik jatuh ke tangan pemberontak, kerajaan Syria hanya akan tinggal menguasai dua daripada 14 ibu kota wilayah iaitu Latakia dan Tartus.

Kemaraan pada minggu lalu adalah yang terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh kumpulan pemberontak yang diketuai oleh kumpulan yang berasal Gerakan al-Qaeda dan dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Amerik Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam usaha mereka untuk menggulingkan kerajaan Bashar al-Assad, pemberontak, yang diketuai oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham, atau HTS, telah mendapat sedikit tentangan daripada tentera Syria.

Kemenangan pantas kumpulan itu didorong antara lain oleh kekurangan sokongan daripada sekutu Bashar al-Assad iaitu Iran dan Syria.

images (6)

Presiden Syria, Bashar al-Assad

Rusia pada ketika ini sibuk dengan perangnya di Ukraine manakala sekutunya Hezbollah di Lubnan, yang pada satu ketika menghantar ribuan untuk menyokong tentera Bashar al-Assad, telah dilemahkan akibat konflik dengan Israel.

Pada masa sama, Iran menyaksikan proksinya di seluruh rantau itu terjejas akibat serangan udara oleh Israel.

New York Times melaporkan bahawa Iran mula mengeluarkan komander dan kakitangan tenteranya dari Syria pada Jumaat, menurut pegawai serantau dan tiga pegawai Iran.

Langkah itu dilakukan disifatkan sebagai tanda ketidakupayaan Iran untuk membantu mengekalkan Bashar al-Assad di puncak kuasa selepas serangan pemberontak.

Antara mereka dipindahkan ke negara jiran iaitu Iraq dan Lubnan ialah komander tertinggi Pasukan Quds Iran dan cawangan luar Kor Pengawal Revolusi.

Dalam pada itu, media Arab pada 3 Disember lalu melaporkan bahawa Rusia dikatakan telah mengundurkan aset tentera lautnya dari pangkalan strategiknya di Tartous, Syria.

Presiden diplih AS, Donald Trump pada Sabtu menerusi media sosial memaklumkan negaranya harus mengelak daripada terlibat dengan aktiviti ketenteraan di Syria.

Dalam kenyataan berasingan, penasihat keselamatan negara bagi Presiden AS, Joe Biden berkata, pentadbiran negara itu tidak berniat untuk campur tangan Syria. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram