Graduan ‘berangan’ minta gaji RM3,000: Majikan tiada masalah bayar asalkan betul-betul boleh buat kerja, ada ‘intern’ sekadar duduk goyang kaki


Warga maya berpandangan tidak salah sekiranya graduan yang habis belajar mengimpikan gaji yang lebih lumayan. — Agensi

BARU-BARU ini, tular perbahasan dan luahan para graduan mengenai impian gaji masing-masing dan rata dari mereka meletakkan ekspetasi gaji permulaan adalah sebanyak RM3,000.

Ekoran daripada itu, terdapat warga maya mengatakan impian itu hanyalah 'berangan tinggi' oleh anak muda zaman kini.

Begitupun umum mengetahui, gaji minimum bagi pekerja tanpa kelayakan kini RM 1,700 dan tidak salah sekiranya graduan mengimpikan gaji yang lebih lumayan.

BACA LAGI: Cekal redah jalan bahaya naik basikal, kisah 37 tahun dedikasi posmen satukan komuniti di Raub

BACA LAGI: 'Jangan takut gagal', remaja 16 tahun gigih tulis, sampaikan 101 ucapan berani cabar potensi diri

Jika difahami secara jelas, sudah pasti para graduan ini bukan meminta tanpa sebab kerana mereka sudah menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk mencapai tahap sedemikian, jadi tidak salah mereka menginginkan nilai yang setimpal dengan usaha menurut perkongsian yang dimuat naik Public Health Malaysia di laman Facebooknya.

Warga maya rata-ratanya memberi pandangan jika graduan mampu menunjukkan yang mereka layak mendapat gaji RM3,000 ke atas, perkara itu tidak menjadi masalah kepada majikan.

"Pengalaman saya tengok seorang pelatih perempuan ni rajin kuat usaha, habis intern syarikat itu tawarkan gaji permulaan RM3,900.

"Ada intern yang hanya duduk je tak mahu tunjuk minat dalam kerja. Habis sahaja intern keluar macam tu sahaja tak jumpa orang yang bantu dia semasa intern, jadi syarikat pun tak nak tawarkan," kata Nizam Abdul Latif.

Sementara itu, Noriza Kastory memberi komen dengan bersetuju dengan gaji permulaan sebanyak RM3,000 yang diminta majoriti graduan.

"Kalau tak, apa bezanya graduan dengan student lepasan SPM.

"Untuk masa, tenaga dan kos yang mereka tanggung selama 3.5 tahun sambung belajar seharusnyalah ada imbuhan yang mereka dapat.

"Kerajaan sepatutnya tetapkan garis panduan ini dalam penetapan gaji basic sektor swasta juga," katanya.

Hafiz Ismail turut memberikan komen, sebenarnya yang 'meroyan' mengenai graduan yang meletakkan ekspetasi gaji RM3,000 ialah majikan yang mampu membayar gaji minimum.

"Berimpian tinggi tu memang boleh, tapi realitinya tak semua syarikat dan majikan boleh beri gaji permulaan tinggi atau seperti apa yang kita impikan walaupun layak untuk dapat.

"Jika tak dapat, janganlah bersedih dan kerja lah selagi mana mampu untuk bekerja dan jangan tak percaya ada juga pekerja-pekerja yang berpengalaman bertahun, sikap, pengetahuan, kedatangan dan kerja bagus tapi gajinya masih underpaid.

"Ada, tapi apa boleh buat? Hidup ini tak seindah macam kita impikan. Tapi kena tetap terus berjalan.

"Jangan terlalu berharap dan hadap sahaja dugaan dan ujian yang mendatang kerana itu boleh membentuk keperibadian kita ke arah yang lebih baik dan lebih bersyukur.

"Tak salah bermula dari bawah, position level bawah, gaji rendah yang penting sentiasa merendah diri, jaga percakapan, sikap dan kesihatan mental," komen, Nailah Kei.

Menurut perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook itu turut menyatakan jika dibandingkan dengan negara-negara maju, gaji permulaan graduan adalah dua sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding di Malaysia.

"Mereka adalah masa depan kita dan berhak untuk dihargai. Mari sama-sama sokong impian graduan kita dan bantu mereka mencapai kehidupan yang lebih baik.

"Jangan rendahkan impian mereka kerana mereka berhak untuk bermimpi besar," kongsi Public Health Malaysia. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram