TULAR satu insiden sebuah kereta jenis Perodua Myvi dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh masuk ke sebuah rumah yang terletak di lereng rendah bukit pada Selasa.
Menerusi video berdurasi 11 saat itu memaparkan kerosakan teruk pada cermin kereta dan keadaan kemik pada bumbung serta besi tiang rumah milik individu yang dipercayai turut berada di lokasi kejadian.
Difahamkan pemandu berkemungkinan besar gagal mengawal kereta yang dipandu lalu merempuh rumah tersebut berdasarkan paparan video yang menampakkan kesan pecah pada bahagian tembok luar.
BACA LAGI: [VIDEO] Pembantu perubatan maut digilis treler tidak berada lorong kiri di Jalan Skudai
Setakat ini masih tiada kenyataan rasmi oleh pihak berkuasa namun dapat dilihat dari video tersebut beberapa anggota bertugas hadir ke lokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan dan juga siasatan.
Video yang tular sejak Selasa itu meraih perhatian warga maya gara-gara Perodua Myvi yang juga terkenal dengan panggilan 'King' dilihat mendarat di sebuah rumah tanpa diundang.
Susulan dari kejadian itu, ramai warga maya menggesa pihak berkuasa untuk memberi perhatian kepada kawasan-kawasan rumah yang rendah terutamanya terletak di lereng bukit rendah yang dilihat mendatangkan bahaya kepada penduduk.
Hal itu sekiranya penghalang jalan dipasang dapat mengurangkan risiko kemalangan sedemikian yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk.
Salah seorang pengguna, Shah Din berkata, "Rumahnya rendah dari jalan raya dan mungkin di belakang tembok itu ada selekoh. Nasib baik kereta, buatnya kalau lori tanah hancur terus rumah itu," komennya.
"Buat aniaya sahaja kalau ada budak-budak tengah elok baring layan kartun kena hempap kereta, risau betul rumah tepi jalan dan bayangkan kalau lori laju macam mana ranap terus rumah tu," komen Riba Hayyamus.
"Ini mesti rumah bawah lereng bukit dan kebanyakan rumah di kawasan Felda sebegini. Kadang-kadang tu atap rumah sama tinggi sahaja dengan jalan," kata Epoii.
"Ada duit pasang pengadang jalan atau mohon kepada YB setempat...bahaya rumah tepi lereng-lereng jalan macam ini nasib 'King' kalau treler bayangkan...," komen rizal.
"Memang bahaya rumah tepi jalan kawasan rendah pula, sepatutnya kena ada pengadang jalan bahaya ni," komen Zwan Espiranza.
"Ini mesti rumah di lereng bukit nampak macam di kawasan rendah kalau tengok video tu, macam pelik tiada pengadang jalan," kata Nurain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram