SEORANG wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas kesalahan mengabaikan dua orang anak lelakinya yang ditinggalkan tanpa pengawasan di rumahnya.
Wanita berusia 41 tahun yang bekerja sebagai tukang urut dituduh melakukan kesalahan itu terhadap dua orang anaknya yang masing-masing berusia enam tahun dan 13 bulan.
Perkara itu difahamkan berlaku di sebuah unit pangsapuri sekitar Taman Kosas, Ampang, Selangor pada pukul 7.27 malam 7 Oktober lalu.
BACA LAGI: Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella berat sebelah, tak berasas
Pertuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Hakim Norshila Kamaruddin membenarkan wanita tersebut diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu hukuman pada 27 November depan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram