[VIDEO] Perkongsian Nora Danish-Neelofa penting cari reda ALLAH dalam perkahwinan, pakar motivasi nasihat penting pilih pasangan bertanggungjawab bukan semata cinta


  • Mukmin
  • Khamis, 17 Okt 2024

Memilih pasangan bukan hanya sekadar pada rupa dan harta, tetapi paling adalah tanggungjawab.

RAMAI sebenarnya terlepas aspek penting dalam memilih pasangan untuk mendirikan dan menjayakan sesebuah rumah tangga apabila rata-rata lebih memilih atas dasar cinta sebagai kunci kebahagian.

Baru-baru ini tular satu perkongsian video podcast apabila Nora Danish dan Neelofa, selebriti Malaysia itu berkongsi pandangan bahawa adalah penting untuk mencari pasangan yang memahami tanggungjawab dalam perkahwinan adalah kunci kepada kebahagiaan dan keberkatan.

Menerusi potongan video tersebut, Nora danish berkata, apabila seseorang berkahwin kerana cinta, kadang-kadang cinta itu yang boleh melukakan hati.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Nak roommate macam ni, kadang nak disiplin diri sendiri payah', ramai harap ada circle macam 'Ustaz Amri'

BACA LAGI: Situasi Fattah-Fazura boleh jadi pengajaran, ketahui 5 situasi suami boleh fail nusyuz terhadap isteri

"Namun, apabila seseorang memilih untuk berkahwin kerana ALLAH itu adalah jalan yang lebih baik dan menjadi lebih indah.

"Jika berkahwin kerana cinta manusia, cinta itu mungkin tidak kekal," kongsinya.

Neelofa menerusi podcast tersebut berkongsi agar memilih seorang pasangan itu adalah lebih baik mencari seseorang yang memahami tanggungjawab.

"Tanggungjawab bukan hanya berkaitan duniawi seperti mencari duit dan menyediakan rumah, tetapi juga tanggungjawab sebagai hamba ALLAH dan sebagai seorang suami di masa depan.

"Saya rasa jika kita memahami tanggungjawab ini dengan jelas, banyak perkara akan menjadi lebih mudah.

"Umur, soal kerja, rupa atau siapa yang kita suka juga bukanlah segalanya.

"Contohnya, walaupun terdapat jurang usia enam tahun antara saya dan pasangan, dan ketika itu dia masih belajar serta bekerja tidak secara penuh, saya tahu dia memahami prinsip-prinsip asas dalam agama dan tanggungjawabnya.

"Saya lihat bagaimana dia belajar daripada bapanya yang memimpin keluarganya dengan baik. InsyaALLAH, dia boleh melaksanakan tanggungjawab tersebut. Jadi, kepada adik-adik muda di luar sana, ingatlah perkara ini," katanya.

Sementera itu, personaliti dakwah, Iddin Ramli menerusi perkongsian videonya terdahulu pernah berkongsi, lelaki yang sebenarnya diperlukan oleh wanita adalah lelaki yang bertanggungjawab.

"Ia bukan tentang rupa, harta atau solat semata-mata. Jika seorang lelaki benar-benar bertanggungjawab, dia akan menjaga segala perkara termasuk hati wanita itu dan memastikan kebahagiaannya.

"Kini, hanya menjaga solat tidak mencukupi kerana ada lelaki yang solat tetapi mempunyai perangai yang buruk.

"Ada juga yang tidak mengambil peduli tentang isteri dan anak-anak mereka. Oleh itu, jangan sesekali memandang rendah pada lelaki hanya kerana mereka tidak handsome, tidak kaya atau bekerja dalam bidang biasa.

"Mungkin lelaki yang biasa-biasa itu adalah yang paling berusaha untuk membahagiakan kamu.

"Hargailah usaha mereka, kerana tidak semua lelaki mempunyai sifat seperti itu dan cuba untuk menyokong dan menghargai mereka," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram