TULAR di Sulawesi Selatan, Indonesia baru-baru ini apabila seorang individu menimbulkan kekecohan di lokasi kejadian kemalangan maut jalan raya dengan dia difahamkan bapa kepada mangsa yang meninggalkan akibat insiden tersebut.
Kejadian dilaporkan berpunca daripada kemalangan dialami penunggang motosikal yang merupakan pelajar sekolah menengah melanggar sebuah lori yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Mangsa, Tri Aditya yang berusia 17 tahun difahamkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dengan saksi dan orang ramai segera menghubungi keluarganya.
BACA LAGI: Warga emas di Jempol maut kemalangan ketika tunggang basikal elektrik depan sekolah
BACA LAGI: [VIDEO] Lagi kemalangan treler terbabas, 6 kenderaan kena sapu dekat lampu isyarat Yong Peng
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. — Agensi
Bagaimanapun, mereka yang menerima berita menyedihkan terbabit gagal menerima hakikat sehingga bapanya melakukan kekecohan dengan membawa sebilah parang ke lokasi kemalangan.
Perkara itu sempat dirakam orang ramai dengan lelaki berkenaan pada awalnya melutut berhampiran mangsa yang ditutup kain sambil menangis teresak-esak di sampingnya.
Namun, secara tiba-tiba, dia yang memakai baju kelabu dan berseluar hitam bangun dengan parang di tangan kanannya yang menyebabkan orang ramai perlahan-lahan beredar menyelamatkan diri masing-masing.
Suasana menjadi semakin riuh apabila lelaki berkenaan bertindak menyelak kain yang menutup bahagian atas mangsa, sekali gus menampakkan keadaan sebenar pelajar sekolah terbabit.
Gagal menerima keadaan tersebut, dia sekali lagi meraung dengan tangisan sehingga menyaksikan senjata tajam dipegangnya terlepas lalu diambil orang ramai yang enggan kejadian lebih buruk terjadi.
Ketua Unit Trafik Balai Polis Kota Parepare, Adnan Leppang mengesahkan insiden kekecohan berkenaan dengan menyatakan kegagalan menerima hakikat menjadi punca kejadian.
Selain itu, mereka tidak menolak kemungkinan keluarga mangsa mahu mencari pemandu lori yang menyebabkan kemalangan kerana mahu menuntut keadilan atas kematian anaknya.
Namun, setakat ini, pemandu yang terlibat dalam insiden masih belum ditemui dengan pihak polis sudah menjelaskan kepada keluarga bahawa kemalangan berlaku selepas Tri Aditya cuba memintas lori sebelum dilanggar. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram